Pilihan tempat duduk
Dengan bayaran yang rendah, anda boleh Pilih Tempat Duduk; tempat duduk tepi laluan, tepi tingkap atau duduk bersama keluarga dan rakan anda! Sekiranya anda tidak memilih Pilih Tempat Duduk, anda masih akan diperuntukkan tempat duduk semasa daftar masuk.
Sekiranya anda telah membeli Pek Nilai atau memilih Premium Flex atau Katil Rata Premium untuk penerbangan anda, Pilih Tempat Duduk telah disertakan dalam tambang anda.
Merancang untuk bercuti? Dapatkan tempat duduk kegemaran anda
Keluarga Airbus A320
Tempat duduk Popular
Terletak di depan pesawat dan baris keluar kecemasan, Tempat Duduk Popular mempunyai hingga 29" jarak antara tempat duduk dan 16-17” lebar tempat duduk.Dengan sekurang-kurangnya 20.3” ruang kaki, anda akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa apabila anda memilih tempat duduk di baris pertama dan baris keluar kecemasan. Tidak hanya itu, anda juga akan dapat menaiki pesawat lebih awal berbanding tetamu lain.
Tempat duduk Biasa
Dengan 28” jarak antara tempat duduk dan 16-17” lebar tempat duduk, tempat duduk kulit kami yang bergaya akan memastikan anda kekal selesa di sepanjang penerbangan anda.
Airbus A320-CEO: Jenis A
Airbus A320-CEO: Jenis B / Airbus A320-NEO: Jenis C
Airbus A321-NEO: Jenis D
Tempat duduk Popular Tempat Duduk Biasa Pintu keluar Pintu keluar kecemasan Tandas
Airbus A330
Katil Rata Premium
Tempat duduk dengan 59” jarak antara tempat duduk dan 19” lebar tempat duduk ini boleh direbahkan sepenuhnya menjadi katil rata apabila diperlukan selain pelbagai ciri lain yang memastikan keselesaan yang maksimum di dalam pesawat. Anda juga akan menikmati manfaat tambahan apabila anda memilih Katil Rata Premium untuk penerbangan AirAsia X anda.
Tempat duduk Popular
Dengan sekurang-kurangnya 17.5” ruang kaki, anda akan mempunyai lebih banyak ruang untuk meregangkan badan. Tidak hanya itu, anda juga akan dapat menaiki pesawat lebih awal berbanding tetamu lain.
(Perhatian: Keutamaan semasa menaiki pesawat ditangguhkan buat sementara waktu kerana proses kemasukan ke dalam pesawat akan dilakukan secara berperingkat bagi meminimumkan sentuhan semasa tempoh pandemik)
Tempat Duduk Biasa
Dengan jarak antara tempat duduk sekurang-kurangnya 30” dan lebar tempat duduk sekurang-kurangnya 16”, tempat duduk kulit kami yang bergaya akan memastikan anda kekal selesa sepanjang penerbangan anda.
Tempat duduk Berkembar
Tempat duduk Biasa berkembar ini adalah pilihan terbaik untuk tetamu yang terbang dengan orang yang tersayang atau rakan baik. Tanpa tempat duduk tengah, anda akan dapat duduk bersama rakan seperjalanan dan menikmati lebih privasi tanpa gangguan daripada tetamu lain. Ketahui lebih lanjut mengenai Tempat duduk Berkembar.
Ingin tahu lebih lagi? Lihat tempat duduk berkembar kabin A330 kami!
Quiet Zone
Shhhh… Semua tetamu kami memerlukan suasana yang senyap dan tenang. Inilah sebabnya kami menyediakan Quiet Zone apabila anda terbang bersama pesawat A330 kami. Ketahui lebih lanjut mengenai Quiet Zone. Mengapa pilih Quiet Zone?
- Bunyi bising yang minimum tanpa sebarang gangguan – tiada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
- Pencahayaan yang lembut.
- Hidangan anda akan dihidangkan lebih cepat.
Ingin tahu lebih lagi? Lihat ruang Quiet Zone kami.
Airbus A330: Jenis A / Airbus A330-NEO
Airbus A330: Jenis B
Katil Rata Premium Tempat duduk Popular Tempat Duduk Biasa Quiet Zone Pintu keluar Basinet bayi Tandas
Airbus A330: Jenis C
Airbus A330: Jenis D
Airbus A330: Jenis E
Airbus A330: Jenis F
Tempat duduk Baris Keluar Kecemasan
Ingin memilih tempat duduk di baris keluar kecemasan? Sila pastikan anda memenuhi kriteria keselamatan kami.
Sila ambil maklum bahawa semua pilihan tempat duduk adalah tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan kami. Tempat duduk anda mungkin akan diatur semula atas sebab operasi, keselamatan atau perlindungan.