menu
  • Settings
  • languageBahasa Malaysiachevron_right
  • infoAbout Uschevron_right
  • mapTravel Informationchevron_right
  • event_seatOur Products and Serviceschevron_right
  • extensionPartners productchevron_right


Language
clear

clear

clear

clear

clear
clear
AirAsia Inflight meals


Hidangan panas

Nak terbang kenyang?

Dinamakan sempena antara ramuan utama yang digunakan dalam masakan, menu Santan kami menawarkan pelbagai pilihan hidangan Asean, antarabangsa dan vegetarian. Hidangan Kombo Santan kami tidak hanya memberikan lebih nilai dan penjimatan kepada tetamu tetapi juga membolehkan mereka memilih dan membuat pratempahan Hidangan Panas kegemaran mereka daripada rangkaian menu kami.

Pratempah hidangan anda melalui laman web kami sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan hidangan kami dalam penerbangan anda!

Please choose your flight to view the inflight meals available for booking

  • Nasi Lemak Pak Nasser

    Nasi lemak yang secara tradisinya dibungkus dengan daun pisang dari asalnya telah menjadi sumber tenaga kepada petani di ladang. Menu khas kami iaitu Nasi Lemak Pak Nasser menghidangkan citarasa sebenar Malaysia yang menyajikan beras dimasak dengan santan. Tidak lupa juga dihidangkan bersama sambal bawang, rendang ayam, telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang.

    Alergen: Gluten, Telur, Makanan Laut, Kacang Tanah, Kacang Pokok

  • Nasi Lemak Pak Nasser Berasaskan Tumbuhan

    Sentuhan inovatif ke atas masakan tradisional kita dengan keindahan makanan berasaskan tumbuhan. Nikmati hidangan bersantan klasik Malaysia yang dihidangkan dengan nasi daripada beras basmati dan beras ungu liar. Tidak lupa juga, turut disertakan kacang, sambal bawang dan hirisan isi kelapa berserta kari vegetarian dengan "daging" berasaskan tumbuhan.

    Alergen: Kacang, Soya, Gluten, Bijan.

  • Nasi Ayam Uncle Chin

    Nasi Ayam yang dicipta oleh pendatang Hainan yang berpindah ke Asia Tenggara pada abad ke-19. Nasi Ayam Uncle Chin menyajikan ayam dipanggang sempurna bersama nasi beraroma bawang putih dan halia. Dipadankan dengan sos cili dan kicap yang mungkin dapat meningkatkan taraf hidangan ini sehingga 35000 kaki

    Alergen: Gluten, Telur, Soya, Tenusu. Mungkin mengandungi kesan Bijan, Kacang Tanah & Makanan Laut

  • Mi Wanton Udang dan Ayam

    Sup Wantan merupakan hidangan untuk golongan kelas atasan di China semasa Dinasti Qing pada zaman dahulu. Kini, kita dapat menikmati wantan sama ada dalam versi berkuah atau kering. Untuk mengekalkan keenakan rasa dan keasliannya, cef kami bertungkus-lumus menyempurnakan resepi untuk membolehkan mi wantan kering ini dapat dinikmati di udara!

    Alergen : Gluten, Telur, Soya, Bijan, Makanan Laut

  • Biryani Sayur Hyderabadi

    Berasal dari dapur diraja Empayar Mughal semasa pemerintahan di Hyderabad, hidangan ini adalah hasil daripada citarasa tempatan Hyderabad berserta masakan Mughlai. Keunikan resipi vegetarian yang mengandungi keenakan aroma beras basmati yang dimasak dengan rempah khas, kentang, lobak merah, bunga kubis dan kacang pea telah menjadi sebahagian daripada sajian Diraja disebabkan oleh rasanya yang kaya dan tradisional.

    Alergen: Gluten, Mustard, Kacang Pokok

  • Beriani Ayam Bukhara

    Bukhara yang merupakan salah satu perhentian utama laluan perdagangan Jalan Sutera, bertempatnya pertemuan campuran bahan-bahan dan rempah-ratus. Diilhamkan oleh rasa Bukhara, setiap biji beras dilapisi dengan rempah-ratus beraroma, digandingkan dengan ayam lembut yang dimasak dengan sos istimewa Bukhara dan dilengkapi dengan masala brinjal.

    Alergen : Gluten, Tenusu, Bijan, Mustard, Kacang Pokok

  • Roti Gulung Ayam Panggang Madu Bijan + Americano

    Mengandungi ayam yang diselaputi sos madu bijan, sayuran segar, bawang merah serta biji bijan yang telah dibakar.

    Alergen: Gluten, Soya, Telur, Sulfit, Mustard, Tenusu, Bijan. Mungkin mengandungi kesan Saderi

  • Ayam Panggang dengan Sos Lada Hitam

    Ayam panggang kami melalui proses pemanggangan yang teliti untuk memastikan rasa yang cukup dengan rempah ratus dan daging lembut dipanggang. Juga digandingkan dengan sos lada hitam yang beraroma, kentang panggang herba dan sayur-sayuran yang dikisar.

    Alergen: Makanan Laut, Gluten, Telur, Soya, Kacang Tanah, Tenusu, Kacang Pokok, Mustard, Sulfit

  • Telur Dadar Berisi Keju

    Telur Dadar dengan keenakan yang pasti mengejutkan anda! Isi keju mozzarella meleleh yang kaya dengan tekstur disertakan sosej panggang, hash brown, sos krim cendawan dan tomato. Sarapan klasik mahupun hidangan makan malam, santapan yang boleh dinikmati tanpa mengira masa.

    Alergen: Telur, Tenusu, Gluten, Soya. Mungkin mengandungi kesan Makanan Laut, Kacang Tanah, Kacang Pokok, Bijan, Saderi dan Mustard

  • Pizza Trufle Cendawan gaya Napoletana

    Doh yang telah ditapai dengan cermat akan menghasilkan kerak roti yang rapuh dengan bahagian tengahnya yang lembut, disempurnakan dengan keju Itali diimport serta dilapisi minyak trufle.

    Alergen: Gluten, Tenusu, Sulfit

  • Nasi Lemak Pak Nasser (Biasa) + Americano

    Rasai keunikan citarasa Malaysia dalam setiap suapan melalui sajian istimewa kami dalam penerbangan anda.

    Alergen: Gluten, Telur, Makanan Laut, Kacang Tanah, Kacang Pokok

  • Ayam Peri Panggang dengan Nasi Jollof

    Hidangan khas Afrika dengan ayam panggang dan nasi tomato. Turut dilengkapi pisang disaluti gula, brokoli, lobak merah dan jagung sebagai sampingan.

    Alergen: Daun Saderi, Tenusu, Gluten, Telur, Soya, Mustard. Mungkin mengandungi kesan kacang tanang, makanan laut dan bijan.

  • Mac & Cheese

    Sangat berkrim dengan limpahan keju, sememangnya menjadi pilihan!

    Alergen: Gluten,Tenusu, Soya

  • Schroom Wrap (superfood) + Americano

    Schroom schroom super schroom! Nikmati roti gulung vegan kami yang mengandungi cendawan bakar, avocado berkrim, sos pesto dan campuran sayuran segar dibalut dengan tortilla gandum. Tiada bawang putih & bawang merah.

    Alergen: Gluten, Kacang Pokok, Soya, Sulfit

  • Sando Ayam Berganda + Americano

    Sandwic Ayam Aioli Halia & Kepingan Ayam ala Vietnam

    Alergen: Tenusu, Telur, Gluten, Mustard, Kacang Tanah, Bijan, Soya. Mungkin mengandungi kesan kacang pokok.

  • Karipap Ayam + Americano