Terbang dengan selamat bersama AirAsia

Berikut adalah beberapa langkah yang diambil oleh AirAsia sebelum dan dalam penerbangan untuk mengurangkan risiko berkenaan COVID-19#InThisTogether

AirAsia meningkatkan langkah berjaga-jaga sebelum dan ketika penerbangan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan tetamu dan kakitangan kami.

Warning

Semua tetamu diwajibkan untuk memakai topeng muka sendiri untuk dibenarkan melakukan perjalanan.

Sebelum anda memulakan perjalanan pastikan bahawa:

Are you eligible to travel?
Untuk warganegara Malaysia, sila pastikan kelayakan anda untuk melakukan perjalanan. Anda juga disarankan untuk memuat turun aplikasi MySejahtera yang membolehkan pengguna untuk melaksanakan penilaian kesihatan sendiri dan memantau tahap kesihatan sepanjang kes wabak COVID-19.
Tiba di lapangan terbang lebih awal
Anda dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum waktu berlepas bagi memberi masa yang secukupnya untuk menyelesaikan kesemua proses yang diperlukan.
Pra-tempah hidangan anda atas talian
Hidangan dalam penerbangan hanya akan disediakan apabila anda pra-tempah secara atas talian sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan anda, tiada pembelian secara langsung dalam penerbangan.
Snek berbungkus seperti kerepek, kacang dan cokelat serta minuman dalam tin dan botol masih tersedia untuk pembelian dalam penerbangan.
Sebelum penerbangan
Pemeriksaan Suhu

Pemeriksaan Suhu

dilakukan di beberapa lokasi, termasuk balai berlepas
 

Penjarakan Sosial

Penjarakan Sosial

diamalkan dengan lantai ditanda di kawasan beratur, termasuk di kaunter daftar masuk & kiosk

Cecair Basmi Kuman

Cecair Basmi Kuman

akan disediakan di setiap lokasi pemeriksaan untuk tetamu dan kakitangan upl

Teknologi Tanpa Sentuhan

Teknologi Tanpa Sentuhan

kurangkan kontak permukaan dan fizikal semasa proses daftar masuk dan menaiki pesawat.
*Bayaran tambahan untuk daftar masuk melalui kaunter mungkin dikenakan.

Crew Checks

Taklimat Pra-Penerbangan

akan dilakukan untuk semua kru kabin bagi memastikan semua dikemas kini dengan nasihat terkini

Dalam penerbangan
Bagasi Kabin

Notis Elaun Bagasi Kabin

Mulai 7 Julai 2020, para tetamu dibenarkan membawa dua (2) buah bagasi kabin yang tidak melebihi berat 7kg untuk kedua-duanya.

*Layari support.airasia.com untuk maklumat lanjut
**Sila kongsikan notis ini kepada tetamu yang akan membuat perjalanan

Polisi Topeng Muka

Polisi Topeng Muka

Semua tetamu perlu memakai pelitup muka sebelum menaiki pesawat, semasa penerbangan, dan semasa mengambil bagasi. Pelitup muka dengan injap pernafasan tidak dibenarkan di dalam pesawat.



 

Tahap Kebersihan Diri Kru Kabin

Tahap Kebersihan Diri Kru Kabin

Semua kru kabin akan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi termasuk menggunakan cecair pembasmi kuman tangan dan memakai topeng muka dan sarung tangan
 

Keselamatan Makanan

Keselamatan Makanan

Semua hidangan disediakan dan dibungkus dengan bersih mengikut syarat-syarat keselamatan makanan yang ketat. Pengendalian makanan dalam penerbangan akan dilakukan dengan pemakaian sarung tangan.

Bantuan Kecemasan

Bantuan Kecemasan

Kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan apa jua situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat

Pembersihan pesawat
Pembersihan Secara Mendalam

Pembersihan Secara Mendalam

Untuk setiap hentian semalaman, pesawat menjalani prosedur pembersihan dan pembasmian kuman selama 2 jam menggunakan bahan pembersih yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam dan syarikat pengeluar pesawat.

Pensterilan Kabin

Pensterilan Kabin

Kabin pesawat akan dibasmi kuman melalui penyemburan aerosol sebelum setiap penerbangan

Penapis Udara HEPA

Penapis Udara HEPA

Semua pesawat AirAsia menggunakan penapis HEPA untuk penapisan udara bertaraf hospital, yang menapis 99.999% zarah debu dan bahan pencemar di udara seperti virus dan bakteria