Keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami
Pesawat kami melalui prosedur disinfeksi yang kerap untuk mengawal dan membunuh ejen berjangkit, dan meminimumkan risiko penyebaran penyakit. Ini dilakukan dengan menggunakan produk pembersihan dan pembasmian kuman yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam dan syarikat pengeluar pesawat.
Prosedur Disinfeksi kami adalah seperti berikut.
Ini adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengawal atau membunuh ejen berjangkit pada tubuh badan manusia atau haiwan, pada permukaan atau dalam bagasi, kargo, bekas, alat mengangkut dan barangan yang terdedah secara langsung kepada bahan kimia atau ejen fizikal.
Prosedur Disinfeksi ini diselaraskan oleh
Pengawal Operasi Penyelenggaraan AirAsia (MOC)
Proses disinfeksi di dalam pesawat dilakukan mengikut Manual Penyelenggaraan Pesawat Airbus (AMM) oleh pasukan pembersihan yang terdiri daripada 5 - 6 orang.
AirAsia menggunakan sistem penapisan pesawat HEPA (High Efficiency Particulate Arresters) yang menapis 99.999% zarah debu dan bahan pencemar di udara seperti virus dan bakteria. Ini untuk menjamin kualiti udara kabin pada tahap tertinggi.
Penapis HEPA menawarkan tahap prestasi yang sama seperti yang digunakan untuk mengekalkan udara yang bersih sama seperti di dalam dewan pembedahan hospital.
- Pintu pesawat dibuka.
- Kawasan permukaan dibersihkan dan dikeringkan dengan kain bersih dan air.
- Pesawat melalui proses pengudaraan (jika perlu).
- Semua peralatan dan kemudahan pesawat akan melalui proses disinfeksi dengan bahan kimia yang diluluskan.
- Semua sisa klinikal dibuang mengikut prosedur standard bagi sisa berbahaya klinikal.
- Semburan bahan disinfektan.
*Kokpit, bahagian galley, tandas, tempat duduk penumpang, ruang kargo.
Proses ini mengambil masa sehingga 2 jam untuk diselesaikan di setiap perhentian pesawat pada waktu malam
Disinfektan yang digunakan adalah
- Cee Bee A-18 S (Per AMS 1550)
- Noviruclean (Per AMS 1453)
- Calla 1452 (Per AMS 1452)
Semua produk-produk pembersihan dan pembasmian yang digunakan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam dan syarikat pengeluar pesawat.
Untuk langkah-langkah pencegahan peribadi, sila rujuk pada World Health Organization novel coronavirus advice for the public.