Terma dan syarat pengangkutan untuk penerbangan Z2

[Last updated on 25th July 2022]
CAB approval – 03 August 2022

Takrif

Makna: Ungkapan khas dalam Terma & Syarat ini membawa maksud seperti berikut:

  • "Bagasi" bermaksud harta peribadi anda yang dibawa bersama sewaktu perjalanan. Ia termasuk kedua-dua Bagasi Berdaftar dan Tidak Berdaftar anda, kecuali jika dinyatakan sebaliknya;
  • "Tanda Pemeriksaan Bagasi" bermaksud dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang sebagai resit untuk Bagasi Berdaftar serta yang berkaitan dengan pengangkutan Bagasi Berdaftar termasuk Teg Pengenalan Bagasi.
  • "Teg Pengenalan Bagasi" bermaksud dokumen yang dikeluarkan oleh Pengangkut khusus untuk mengenal pasti Bagasi Berdaftar.
  • "Bagasi Berdaftar" bermaksud bagasi yang diletakkan dalam jagaan kami dan yang telah kami keluarkan Teg Pengenalan Bagasi; ia juga kadang-kadang dirujuk sebagai "bagasi daftar masuk".
  • “WAKTU AKHIR DAFTAR MASUK” bermaksud had masa yang ditetapkan oleh Pengangkut untuk anda melengkapkan urusan daftar masuk dan menerima pas masuk anda.
  • "Syarat Kontrak" bermaksud penyataan yang terkandung dalam atau dihantar bersama Jadual Perjalanan, yang dikenal pasti sedemikian dan mengandungi Terma & Syarat serta notis yang terdapat di pejabat serta kaunter daftar masuk kami sebagai rujukan.
  • "Masa Sambungan" bermaksud masa antara ketibaan satu penerbangan dengan perlepasan satu penerbangan yang lain bagi penerbangan FLY-THRU dalam tempoh tidak kurang dari sembilan puluh (90) minit dan tidak lebih dari enam (6) jam. Kami berhak meminda Masa Sambungan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu disebabkan oleh pembatasan yang dikenakan kepada kami oleh operator lapangan terbang dan/atau kehendak operasi.
  • "Kerosakan" termasuk kematian,kecederaan tubuh badan ke atas penumpang, kelewatan, kerugian atau kerosakan lain dalam apa jua bentuk yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan pengangkutan atau perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh kami.
  • "Kupon Elektronik" bermaksud kupon penerbangan elektronik atau dokumen berharga lain yang disimpan dalam pangkalan data kami.
  • "Tiket Elektronik" bermaksud Jadual Perjalanan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pengangkut, Kupon Elektronik dan, jika terpakai, dokumen untuk menaiki pesawat.
  • "Kupon Penerbangan" bermaksud bahagian Tiket yang mengandungi catatan khas “dibenarkan lalu”, atau dalam kes "Tiket Elektronik" ialah Kupon Elektronik, dan tertera tempat-tempat tertentu yang penumpang tersebut perlu dibawa oleh Pengangkut.
  • “FLY-THRU” bermaksud penerbangan berikutnya yang menyediakan perjalanan seterusnya dalam jadual perjalanan yang sama atau dalam PNR tunggal yang mematuhi masa sambungan kami.
  • “Tetamu”, "Penumpang"," anda", "diri anda" dan "anda sendiri" bermaksud sesiapa sahaja tidak termasuk anak-anak kapal, yang dibawa atau akan dibawa di dalam pesawat dengan keizinan kami.
  • "Jadual Perjalanan" bermaksud dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang yang mengandungi nama Penumpang, maklumat penerbangan, nombor tempahan, Syarat Kontrak dan notis.
  • "Laluan" bermaksud penerbangan dari lapangan terbang permulaan hingga ke lapangan terbang destinasi.
  • "Tempat Duduk" bermaksud tempat duduk dalam pesawat kami.
  • "Tarif" bermaksud tambang dan caj kami yang diumumkan secara elektronik atau di atas kertas.
  • "Tiket" bermaksud Jadual Perjalanan dan termasuk Tiket Elektronik dan Kupon Elektronik yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak kami serta termasuk Syarat Kontrak dan notis yang terkandung di dalamnya.
  • "Terma dan Syarat" bermaksud Terma dan Syarat Pengangkutan ini.
  • "Bagasi Tidak Berdaftar" bermaksud apa-apa bagasi selain daripada Bagasi Berdaftar termasuk semua barangan yang anda bawa ke dalam kabin pesawat.
  • "Kami", "diri kami", "kami sendiri" dan "Pengangkut" bermaksud AirAsia Inc.
  • “LAMAN WEB” bermaksud laman internet www.airasia.com yang kami sediakan untuk Penumpang membuat tempahan dalam talian dan untuk mendapatkan maklumat tentang kami.

1.2 Kapsyen: Tajuk atau kapsyen setiap Artikel dalam Terma & Syarat ini adalah untuk kemudahan sahaja dan bukan untuk kegunaan penafsiran teks.

Keterterapan

2.1 Umum: Terma & Syarat ini dipakai untuk pengangkutan udara atau pengangkutan cara lain termasuk pengangkutan darat untuk Penumpang dan Bagasi yang dikendalikan oleh atau bagi pihak kami, dan untuk apa-apa tanggungan (liabiliti) yang mungkin wujud berkaitan dengan pembawaan dan pengangkutan tersebut.

2.2 Terma & Syarat Terpakai: Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Terma & Syarat ini, sekiranya terdapat ketidaksejajaran antara Terma & Syarat ini dengan Syarat Kontrak kami atau sebarang peraturan lain yang kami perlu patuhi, Terma & Syarat ini akan diguna pakai.

2.3 Bahasa: Bahasa untuk Terma & Syarat ini ialah Bahasa Inggeris dan walaupun terdapat terjemahannya dalam bahasa lain, Bahasa Inggeris hendaklah menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan untuk penafsiran Terma & Syarat ini.

Tiket / Jadual Perjalanan

3.1 Keterangan Prima Facie Kontrak: Jadual Perjalanan adalah keterangan prima facie kontrak untuk pengangkutan antara penumpang dan kami. Jadual Perjalanan, Terma & Syarat serta Syarat Kontrak kami ini (termasuk Tarif yang terpakai) bersama-sama membentuk terma dan syarat kontrak pengangkutan antara anda dan kami.

3.2 Kebolehpindahan: Kontrak untuk pengangkutan hanya boleh dipindahkan seperti yang diperuntukkan dalam Terma & Syarat ini dan Syarat Kontrak kami.

3.3 Kesahan: Jadual Perjalanan hanya sah untuk Penumpang yang dinamakan dan penerbangan yang dinyatakan di dalamnya.

3.4 Identiti: Kami akan menyediakan pengangkutan hanya kepada Penumpang yang dinamakan dalam Jadual Perjalanan atau Tiket Elektronik. Anda akan diminta untuk menunjukkan pengenalan diri yang berkenaan semasa daftar masuk.

Tambang

4.1 Umum: Tambang hanya dikenakan untuk pengangkutan dari lapangan terbang permulaan hingga ke lapangan terbang destinasi. Tambang tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan darat antara lapangan terbang dan lapangan terbang dengan terminal bandar kecuali jika dinyatakan sebaliknya secara khusus oleh kami. Kami hanya merupakan pengangkut dari satu tempat ke tempat lain, melainkan jika anda membeli tempahan Fly-Thru kami dan kami tidak bertanggungjawab terhadap anda untuk apa-apa penerbangan sambungan. Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan anda menaiki mana-mana penerbangan sambungan.

4.2 Bayi: Bayaran untuk bayi yang berumur antara sembilan (9) hari hingga kurang daripada dua (2) tahun (24 bulan) (pada tarikh perjalanan untuk penerbangan keluar yang pertama) telah diberikan di dalam Jadual Bayaran. Seorang bayi boleh menaiki pesawat dengan syarat dia duduk di atas riba seorang dewasa. Hanya seorang (1) bayi dibenarkan terbang dengan seorang (1) dewasa. Kereta sorong bayi tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat. Bilangan bayi adalah dihadkan untuk setiap penerbangan disebabkan oleh peraturan keselamatan dan oleh hal yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk membawa bayi bersama anda.

4.3 Cukai Kerajaan, Caj dan Surcaj Insurans: Apa-apa cukai kerajaan, caj atau surcaj insurans yang dikenakan kepada perjalanan udara oleh Kerajaan, pihak berkuasa yang berkenaan atau pengendali lapangan terbang berkaitan dengan penggunaan sebarang perkhidmatan atau kemudahan kami adalah sebagai penambahan kepada tambang kami, bayaran pentadbiran dan caj, yang perlu anda tanggung, kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus. Cukai kerajaan, caj dan surcaj insurans tersebut boleh berubah dari semasa ke semasa dan boleh dikenakan walaupun selepas tarikh pengesahan tempahan anda. Walau bagaimanapun, anda hendaklah menanggung cukai kerajaan, caj dan surcaj insurans tersebut dan perlu dibayar sebelum perlepasan. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk jumlah cukai, caj dan Surcaj Insurans.

Kami akan membayar balik cukai lapangan terbang sahaja. Cukai lapangan terbang hanya akan dibayar balik jika pemohonan dibuat secara bertulis dalam masa 6 bulan selepas tarikh perjalanan, dan akan dikenakan yuran pemprosesan bayaran balik, jika berkenaan.

4.4 Mata wang: Tambang dan caj perlu dibayar menggunakan mata wang yang ditetapkan dalam senarai tambang kami yang diumumkan kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus.

4.5 Ketepatan: Semua tambang, harga, jadual penerbangan, laluan penerbangan yang diumumkan, produk dan perkhidmatan tempahan awal adalah betul pada masa pengumuman dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.

4.6 Tambang Terpakai: Tambang terpakai adalah tambang yang telah diumumkan oleh atau bagi pihak kami, sama ada secara elektronik atau menggunakan medium lain. Tambang mungkin tidak termasuk bayaran pentadbiran, caj perkhidmatan dan caj lain kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus.

Tempahan Tempat Duduk

5.1 Pengesahan Tempahan: Tempahan Tempat Duduk akan disahkan selepas pembayaran penuh tambang, cukai, bayaran, surcaj dan/atau apa-apa caj lain dibuat dan selepas kami mengeluarkan nombor tempahan atau Jadual Perjalanan. Setelah disahkan, Tempahan tersebut tidak boleh dibatalkan dan bayaran yang dibuat tidak boleh dikembalikan kecuali bagi yang berikut;

5.1.1 Penerbangan ke/dari Amerika Syarikat (jika berkenaan): Tempahan boleh dibatalkan dan bayaran balik penuh akan diberikan dalam tempoh 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, dengan syarat Tempahan tersebut dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

5.1.2 Penerbangan ke/dari Republik Korea: permintaan untuk bayaran balik perlu dibuat secara bertulis melalui e-Borang kami serta tiada kos dan perbelanjaan yang akan ditanggung oleh penumpang apabila membatalkan, membayar balik atau menukar butiran tempahan. Sekiranya seseorang penumpang memilih untuk membayar balik atau membatalkan tiketnya, perkara tersebut adalah tertakluk kepada perkara berikut:

  • 100% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan jika permohonan bayaran balik dibuat melebihi 91 hari sebelum waktu berlepas yang dijadualkan; atau
  • 90% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan jika permohonan bayaran balik dibuat antara 61 dan 90 hari sebelum waktu berlepas yang dijadualkan; atau
  • 80% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan jika permohonan bayaran balik dibuat antara 31 dan 60 hari sebelum waktu berlepas yang dijadualkan; atau
  • 70% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan jika permohonan bayaran balik dibuat antara tiga (3) jam dan 30 hari sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

5.1.3 Penerbangan ke/dari Tanah Besar China (jika berkenaan): Jika Tempahan yang membenarkan bayaran balik dibuat mengikut Terma dan Syarat Pengangkutan, kami akan memberikan bayaran balik dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja tertakluk pada potongan caj dan cukai yang dikenakan. Walau bagaimanapun, jika Tempahan tersebut tidak membenarkan bayaran balik, maka tiada bayaran balik akan diberikan melainkan jika dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat Pengangkutan.

5.2 Tempahan Berkumpulan: Ini tertakluk pada terma tertentu yang berubah dari semasa ke semasa. Sila hubungi Kaunter Kumpulan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

5.3 Penukaran Penerbangan: Setelah Nombor Tempahan dikeluarkan, penukaran penerbangan adalah tertakluk pada terma berikut:

5.3.1 Penerbangan Domestik AirAsia India: Sebarang perubahan adalah tidak dibenarkan dalam tempoh empat (4) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Bayaran penukaran penerbangan dan perbezaan tambang, jika berkenaan, akan dikenakan untuk penukaran penerbangan yang dilakukan melebihi empat (4) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, tertakluk pada syarat berikut:

  • jika terdapat tambang yang lebih rendah, perbezaan tambang tidak akan dibayar balik kepada penumpang;
  • jika tambang penerbangan baharu adalah lebih tinggi daripada penerbangan asal yang ditempah, perbezaan tambang dan apa-apa bayaran serta caj, hendaklah dibayar oleh Penumpang sebelum penukaran penerbangan boleh dilakukan;
  • penukaran tersebut tidak disahkan sehinggalah kami mengeluarkan Jadual Perjalanan dan/atau Nombor Tempahan baharu kepada anda.
  • penukaran laluan adalah tidak dibenarkan.

5.3.2 Penerbangan ke/dari Amerika Syarikat (jika berkenaan): Sebarang perubahan adalah tidak dibenarkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Bayaran penukaran penerbangan dan perbezaan tambang, jika berkenaan, akan dikenakan untuk penukaran penerbangan yang dilakukan melebihi dua puluh empat (24) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, tertakluk pada syarat berikut:

  • jika terdapat tambang yang lebih rendah, perbezaan tambang tidak akan dibayar balik kepada penumpang;
  • jika tambang penerbangan baharu itu adalah lebih tinggi daripada penerbangan asal yang ditempah, perbezaan tambang dan apa-apa bayaran serta caj, hendaklah dibayar oleh Penumpang sebelum penukaran penerbangan boleh dilakukan;
  • penukaran tersebut tidak disahkan sehinggalah kami mengeluarkan Jadual Perjalanan dan/atau Nombor Tempahan baharu kepada anda.
  • penukaran laluan adalah tidak dibenarkan.

5.3.3 Semua penerbangan lain: Sebarang perubahan adalah tidak dibenarkan dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Bayaran penukaran penerbangan dan perbezaan tambang, jika berkenaan, akan dikenakan untuk penukaran penerbangan yang dilakukan melebihi empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, tertakluk pada syarat berikut:

  • jika terdapat tambang yang lebih rendah, perbezaan tambang tidak akan dibayar balik kepada penumpang;
  • jika tambang penerbangan baharu itu adalah lebih tinggi daripada penerbangan asal yang ditempah, perbezaan tambang dan apa-apa bayaran serta caj, hendaklah dibayar oleh Penumpang sebelum penukaran penerbangan boleh dilakukan;
  • penukaran tersebut tidak disahkan sehinggalah kami mengeluarkan Jadual Perjalanan dan/atau Nombor Tempahan baharu kepada anda.
  • penukaran laluan adalah tidak dibenarkan.

5.4 Tambang Promosi: Artikel 5.3 berkenaan peraturan Penukaran Penerbangan dan Artikel 5.5 berkenaan Penukaran Nama tidak boleh diguna pakai untuk tambang promosi terpilih yang tertentu.

5.5 Penukaran Nama: Setelah Nombor Tempahan dikeluarkan, Penumpang tidak dibenarkan untuk menukar Penumpang atau nama Penumpang dalam Tempahan yang disahkan dengan penumpang atau nama penumpang lain.

5.6 Pembetulan Nama: Setelah nombor tempahan dikeluarkan, anda dibenarkan untuk melakukan pindaan nama dengan sama ada menambah atau memadamkan bilangan aksara tertentu. Menambah atau memadamkan aksara mungkin dibenarkan dan anda akan dikenakan Bayaran Pembetulan Nama. Sila rujuk Bayaran dan Caj kami untuk maklumat lanjut mengenai semua kadar bayaran. Harap maklum bahawa sebarang pembetulan nama adalah tertakluk pada pengesahan dokumen sokongan.

5.7 Data Peribadi: Penumpang hendaklah mengakui dan bersetuju bahawa data peribadi Penumpang telah diberikan kepada kami serta kepada syarikat kumpulan kami bagi tujuan berikut:

  • membuat tempahan untuk Pengangkutan dan menyediakan pengesahan tempahan tersebut kepada Penumpang;
  • menyediakan dan membangunkan perkhidmatan dan kemudahan sampingan;
  • membantu prosedur imigresen dan kemasukan;
  • menyemak kesahan kad kredit atau bayaran lain; dan
  • tujuan keselamatan, pentadbiran, serta undang-undang.

Bagi tujuan ini, dengan menyertai Kontrak Pengangkutan bersama kami, Penumpang memberi kuasa kepada penerima untuk menyimpan dan menggunakan data peribadi mereka serta untuk menghantarnya ke pejabat kami, pejabat syarikat kumpulan, dan Ejen kami, sekutu perniagaan pihak ketiga, agensi kerajaan, pengangkut lain, dan juga pembekal perkhidmatan yang disebut di atas di destinasi, atau tempat berlepas, transit atau pemindahan. Sila rujuk Dasar Privasi kami untuk terma yang terperinci berkaitan dengan penggunaan data peribadi Penumpang.

5.7 Susunan tempat duduk: Kami tidak memberi jaminan akan menyediakan tempat duduk tertentu di dalam pesawat dan Penumpang bersetuju untuk menerima sebarang tempat duduk yang diperuntukkan atau dengan cara lain disediakan dalam penerbangan itu. Tempat duduk akan diperuntukkan kepada Penumpang semasa daftar masuk. Atas sebab-sebab operasi, keselamatan, kesihatan atau perlindungan, kami berhak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk setelah menaiki pesawat. Penumpang tidak dibenarkan menukar tempat duduk kepada tempat duduk dengan nilai yang lebih tinggi semasa di dalam pesawat tanpa membayar caj tambahan dan/atau memenuhi kriteria umur.

5.8.1 Permintaan awal tempat duduk (ASR): Anda boleh membuat bayaran tertentu untuk permintaan awal tempat duduk (ASR) sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, tertakluk pada ketersediaan. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk bayaran ASR. Dalam hal berkaitan ASR yang telah dibeli, kami berhak mengatur atau mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, walaupun selepas menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas sebab-sebab operasi, keselamatan atau perlindungan. Kami tidak menjamin sebarang pengaturan semula tempat duduk tertentu, sama ada tempat duduk tepi laluan, tingkap, baris keluar, atau jenis tempat duduk lain. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha sewajarnya untuk mematuhi pengaturan tempat duduk berbayar. Penumpang tidak dibenarkan menukar tempat duduk kepada tempat duduk dengan nilai yang lebih tinggi semasa di dalam pesawat tanpa membayar caj tambahan.

5.8.2 Perubahan Penerbangan (ASR): Sekiranya pada bila-bila masa selepas Penumpang telah berjaya menempah Tempat Duduk mengikut Artikel 5.8.1, dan penerbangan yang ditempah itu dilewatkan, dibatalkan atau terdapat perubahan pada jadualnya atas apa-apa sebab sekalipun, kami boleh, mengikut pilihan kami, sama ada:

  • menempatkan Penumpang di Tempat Duduk yang sama dalam penerbangan yang tersedia berikutnya;
  • menempatkan Penumpang di Tempat Duduk yang mempunyai nilai yang setara dalam penerbangan yang tersedia berikutnya; atau
  • menempatkan Penumpang secara rambang di mana-mana Tempat Duduk dalam penerbangan yang tersedia berikutnya, yang dengan itu pihak kami akan membayar balik harga Tempat Duduk kepada Penumpang.

Pilihan-pilihan yang digariskan dalam Artikel 5.8.2 ini adalah remedi tunggal dan eksklusif yang tersedia kecuali jika dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang yang berkenaan.

Produk tambahan

6.1 Produk dalam penerbangan: Penyediaan produk, perkhidmatan atau program yang diiklankan dalam penerbangan adalah tertakluk pada ketersediaan. Produk atau perkhidmatan dalam penerbangan tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh dipindah milik setelah dibeli. Kami tidak menerima apa-apa tempahan atau perubahan kepada produk atau perkhidmatan dalam penerbangan dalam masa 24 jam dari waktu berlepas yang dijadualkan. Kami berhak untuk meminda/mengubah harga atau menggantikan apa-apa komponen produk atau perkhidmatan dalam penerbangan tanpa notis awal. Pas masuk ialah bukti pembelian produk atau perkhidmatan dalam penerbangan yang dipratempah dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk menuntut produk atau perkhidmatan pratempah tersebut. Semua harga dan/atau penjimatan yang dinyatakan untuk produk atau perkhidmatan dalam penerbangan anda adalah sah pada waktu tempahan.

6.2 Hidangan: Pilihan hidangan adalah tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa. Kami tidak menerima sebarang tempahan atau penukaran kepada pilihan hidangan dalam masa 48 jam dari waktu berlepas yang dijadualkan untuk penerbangan ke/dari Amerika Syarikat serta Osaka dan untuk semua penerbangan lain, dalam masa 24 jam dari waktu berlepas yang dijadualkan. Kami berhak, tanpa notis awal, untuk meminda/mengubah harga hidangan pratempah, menggantikan apa-apa komponen hidangan pratempah dengan hidangan yang sama nilai tertakluk pada ketersediaan dan/atau kesesuaian pesawat. Pas masuk ialah bukti pembelian hidangan pratempah dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat. Semua harga dan/atau penjimatan yang dinyatakan untuk hidangan pratempah anda adalah sah pada waktu tempahan. Makanan mungkin mengandungi kekacang, hasil tenusu dan/atau gluten. AirAsia tidak menyediakan persekitaran yang bebas daripada kekacang, hidangan dan snek yang dibeli di dalam pesawat serta makanan yang dibawa ke dalam pesawat oleh penumpang lain mungkin mengandungi kekacang.

6.2.1 Perubahan penerbangan: Hidangan Pratempahan: Jika pada bila-bila masa selepas Penumpang telah berjaya menempah hidangan selaras dengan Artikel 6.2, dan penerbangan yang ditempah itu terlewat, dibatalkan atau terdapat perubahan pada jadualnya atas apa-apa sebab sekalipun, kami tidak dapat menjamin ketersediaan hidangan pratempah tersebut. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mematuhi pembelian anda. Kami berhak, tanpa notis awal, untuk menggantikan apa-apa komponen hidangan pratempah anda dengan hidangan yang sama nilai tertakluk pada ketersediaan dan/atau kesesuaian pesawat.

6.3 Insurans Perjalanan: Oleh kerana liabiliti kami terhadap anda adalah terhad, kami mengesyorkan supaya anda membeli insurans perjalanan untuk melindungi:

  • perubahan dalam rancangan perjalanan dan pembatalan perjalanan
  • kehilangan, kelewatan atau kerosakan pada Bagasi dan/atau barangan milik peribadi
  • bayaran perubatan termasuk caj yang dikenakan oleh paramedik sekiranya berlaku kecemasan di lapangan terbang perlepasan dan ketibaan

6.4: Perkhidmatan tambahan kami seperti Bagasi Xpress (perkhidmatan keutamaan bagasi), Bagasi Kabin Tambahan (berat tambahan untuk bagasi kabin) atau lain-lain akan dikenakan bayaran seperti yang dinyatakan dalam Jadual Bayaran kami (Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk maklumat lanjut mengenai semua kadar bayaran).

Daftar Masuk dan Keperluan Pengangkutan yang Lain

7.1.1 Daftar masuk di lapangan terbang yang terletak di Malaysia

Berkuat kuasa 1 April 2022, hanya penumpang yang dikecualikan (seperti yang disenaraikan di bawah) akan dapat mendaftar masuk di kaunter daftar masuk. Semua penumpang lain mesti melakukan daftar masuk tanpa sentuhan melalui airasia Superapp. Senarai penumpang yang dikecualikan adalah seperti berikut:

  • Warga emas berumur 70 tahun ke atas;
  • Tempahan yang dibuat di bawah Angkatan Tentera Malaysia dan waran Kerajaan;
  • Penumpang penerbangan carter;
  • Penumpang yang telah mendaftar masuk sendiri tetapi perlu mencetak semula pas masuk disebabkan oleh peraturan dan undang-undang lapangan terbang;
  • Penumpang dengan pergerakan terhad yang memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah;
  • Tempahan berkumpulan yang terdiri daripada 10 penumpang dan lebih;
  • Penumpang Muda Terbang Bersendirian (berumur 12-16 tahun);
  • Penumpang yang terjejas akibat perubahan jadual saat akhir dan pembatalan penerbangan;
  • Penumpang yang melakukan naik taraf tempat duduk dan/atau pembelian produk tambahan di kaunter daftar masuk
  • Penumpang yang membeli tiket pada saat akhir melepasi waktu akhir daftar masuk;
  • Penumpang yang terjejas akibat gangguan sistem airasia Superapp, laman web atau kios;
  • Penumpang yang tidak diberikan tempat duduk semasa daftar masuk sendiri;
  • Penumpang yang dikehendaki oleh Pengangkut untuk mengesahkan dokumen perjalanan di kaunter; dan
  • Penumpang Corporate Full Flex dan Premium Flex.

Perkhidmatan daftar masuk kaunter adalah untuk kumpulan penumpang yang dikecualikan sahaja. Penumpang yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan kaunter, walaupun jika mereka membuat bayaran.

7.1.2 Waktu akhir daftar masuk

7.1.2.1 Kaunter daftar masuk( jika berkenaan): Kaunter daftar masuk kami dibuka seperti berikut

Kaunter daftar masuk kami dibuka seperti berikut:

  • penerbangan domestik: dua (2) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan
  • penerbangan antarabangsa jarak pendek: tiga (3) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan
  • penerbangan antarabangsa jarak jauh: empat (4) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan

Kaunter daftar masuk kami ditutup seperti berikut

  • penerbangan domestik: empat puluh lima (45) minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan
  • penerbangan antarabangsa jarak dekat dan jarak jauh: enam puluh (60) minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan
  • KLIA2: enam puluh (60) minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk semua penerbangan

7.1.2.2 Daftar masuk melalui airasia Superapp: Daftar masuk melalui airasia Superapp boleh dilakukan empat belas (14) hari sebelum tarikh berlepas. Daftar masuk melalui airasia Superapp ditutup enam puluh (60) minit sebelum berlepas untuk penerbangan jarak pendek dan empat (4) jam sebelum berlepas untuk penerbangan jarak jauh.

Penerbangan domestik dan penerbangan jarak pendek: AK, FD, QZ, Z2 dan I5.

Penerbangan antarabangsa jarak jauh: D7 dan XJ.

Waktu akhir daftar masuk mungkin berbeza di lapangan terbang yang berlainan dan bagi penerbangan yang tertentu. Adalah menjadi tanggungjawab Penumpang untuk memastikan mereka mematuhi waktu akhir ini. Kegagalan untuk mendaftar masuk dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan anda dinafikan untuk mendaftar masuk dan bayaran yang telah dibuat untuk Tempahan tidak akan dikembalikan.

7.1.3 Daftar Masuk Sendiri: Kami menawarkan daftar masuk sendiri melalui kemudahan airasia Superappin kami. Kemudahan ini tertakluk pada keperluan tertentu dan pembatasan terhadap perubahan selepas daftar masuk yang boleh dilihat di Laman Web kami dan airasia Superapp kami. Daftar masuk sendiri melalui airasia Superapp ditutup enam puluh (60) minit sebelum berlepas untuk penerbangan jarak pendek dan empat (4) jam sebelum berlepas untuk penerbangan jarak jauh.

7.1.4 Ketiadaan Tempat Duduk: Selaras dengan amalan industri, terdapat kemungkinan bahawa tempat duduk tidak tersedia untuk penumpang dalam penerbangan walaupun tempahan mereka telah disahkan contohnya, tempahan penerbangan berlebihan. Sekiranya berlaku ketiadaan tempat duduk, kami boleh, mengikut pilihan kami dan/atau selaras dengan undang-undang yang terpakai, sama ada:

  • Penukaran penerbangan secara sukarela: membawa Penumpang dalam penerbangan yang tersedia berikutnya tanpa caj tambahan atau melanjutkan tempoh sah Tempahan; atau
  • Akaun kredit: mengekalkan nilai tempahan dalam akaun kredit anda untuk perjalanan pada masa akan datang dengan syarat Penumpang mestilah menempah semula dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tersebut; atau
  • Pembayaran balik: mengembalikan nilai Tempahan ke dalam kaedah pembayaran asal.

7.2.1 Pintu perlepasan: Pintu perlepasan akan ditutup dua puluh (20) minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Jika anda tiba di pintu perlepasan melepasi masa ini, anda tidak akan dibenarkan menaiki pesawat dan bayaran yang dibuat untuk Tempahan tidak akan dikembalikan.

7.2.2 Zon menaiki pesawat: Proses menaiki pesawat akan dilakukan mengikut Zon. Keutamaan untuk menaiki pesawat akan diberikan kepada Penumpang yang memegang pas masuk Zon 1.

7.3 Pematuhan: Penumpang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan dan keperluan negara perlepasan, negara destinasi atau negara transit serta Terma dan Syarat kami atau mana-mana notis dan arahan lain yang kami berikan yang berkaitan dengannya. Kami tidak bertanggungjawab kepada anda dalam apa jua cara yang berkaitan dengan usaha bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan atau bagi mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, keperluan atau arahan tersebut, sama ada diberi secara lisan atau bertulis atau cara lain, atau bagi akibat yang terjadi disebabkan oleh kegagalan anda untuk mendapatkan dokumen tersebut atau untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, keperluan atau arahan tersebut.

7.4 Dokumen Perjalanan: Penumpang bertanggungjawab untuk mendapatkan dan mesti memiliki dan membawa untuk ditunjukkan, seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan, semua dokumen kemasukan dan keluar, dokumen kesihatan serta dokumen lain yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau keperluan negara perlepasan, destinasi atau transit. Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mempunyai halaman yang mencukupi dalam dokumen perjalanan anda bagi memenuhi keperluan kemasukan destinasi. Kami berhak untuk menolak pengangkutan mana-mana Penumpang yang tidak mematuhi, atau yang dokumennya didapati tidak mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau keperluan yang terpakai tersebut. Penumpang yang melakukan transit di lapangan terbang tertentu mungkin akan memerlukan visa kerana mereka perlu menjalani pemeriksaan imigresen sebelum mereka boleh mengambil bagasi dan mendaftar masuk semula untuk penerbangan berikutnya. Adalah menjadi tanggungjawab Penumpang untuk memastikan mereka memiliki visa yang diperlukan untuk melakukan transit.

7.5 Makluman Dokumen

Perjalanan Domestik: Orang dewasa perlu menunjukkan salah satu daripada dokumen asal yang berikut untuk semua penerbangan domestik.

  1. Kad Pengenalan Asal* (MyKad/MyKid/MyTentera/MyPR/MyKAS) dan dokumen sementara yang lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
  2. Kad Agensi Penguatkuasaan Malaysia yang Asal (PDRM/SPRM/ATM)
  3. Surat Beranak Asal (yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara)
  4. Kad Asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (Diplomatik/Bukan Diplomatik/Konsular/Organisasi Antarabangsa)
  5. Pasport Asal
  6. Kad Pelajar Asal (Warga asing) yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia - bersama-sama dengan pasport asal
  7. Kad Ahli Parlimen Malaysia yang Asal
  8. Kad Pengenalan UNHCR yang Asal
  9. Laporan Polis yang Asal - (sah dalam tempoh 24 jam sahaja)
Bagi penerbangan domestik ke Sabah dan Sarawak, hanya item (i) hingga (vii) akan diterima.

Kanak-kanak warga Malaysia yang membuat perjalanan ke Sabah atau Sarawak: Kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun akan dibenarkan menaiki pesawat setelah menunjukkan surat beranak atau kad pengenalan atau Sijil Anak Angkat yang asal (Sijil Anak Angkat tersebut hendaklah seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia). Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas perlu mengemukakan surat beranak atau kad pengenalan asal mereka.

Selain itu, kecuali bagi kanak-kanak warga Malaysia yang membuat perjalanan ke Sabah dan Sarawak (dokumen perjalanan dinyatakan di atas), surat beranak atau pasport atau kad pengenalan** asal kanak-kanak tersebut diperlukan sebelum mereka dibenarkan menaiki pesawat.

Laluan Antarabangsa: Semua penumpang mestilah mempunyai pasport asal yang sah, visa yang sah, tempahan untuk penerbangan seterusnya/penerbangan balik yang telah disahkan, jika berkenaan, dan mematuhi keperluan kemasukan untuk destinasi terakhir.

7.6 Penolakan Kemasukan: Penumpang mestilah membayar tambang dan/atau penalti atau denda yang berkenaan apabila kami, menurut arahan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa imigresen, dikehendaki menghantar Penumpang tersebut pulang ke lapangan terbang permulaan atau tempat lain, disebabkan Penumpang tersebut tidak diterima masuk ke sesebuah negara, sama ada negara transit atau destinasi.

7.7 Penumpang Bertanggungjawab terhadap Denda, Kos Penahanan, Kos Perubatan dsb: Sekiranya kami dikehendaki untuk membayar atau mendepositkan apa-apa denda atau penalti atau untuk menanggung apa-apa perbelanjaan disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau keperluan perjalanan lain di negara perlepasan, destinasi atau transit, atau untuk menunjukkan dokumen yang dikehendaki, atau untuk memberi apa-apa penjagaan perubatan termasuk perkhidmatan paramedik jika berlaku kecemasan di lapangan terbang perlepasan dan ketibaan, anda hendaklah membayar balik kepada kami apa-apa jumlah yang dibayar atau perbelanjaan yang ditanggung atau yang perlu dibayar. Kami boleh menggunakan apa-apa nilai bayaran atau perbelanjaan pengangkutan yang tidak anda gunakan, atau apa-apa dana yang perlu dibayar kepada anda dalam simpanan kami untuk membiayai bayaran atau perbelanjaan tersebut.

7.8 Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan: Penumpang hendaklah menjalani apa-apa pemeriksaan keselamatan yang dikendalikan oleh kerajaan dan/atau pegawai lapangan terbang atau kami sendiri. Sekiranya Penumpang enggan mematuhi pemeriksaan keselamatan tersebut, kami akan menolak untuk membawa Penumpang dan Bagasi mereka tanpa memberikan bayaran balik untuk Tambang dan tanpa apa-apa liabiliti lain terhadap Penumpang tersebut, kecuali jika diperuntukkan oleh undang-undang-undang yang terpakai atau Terma dan Syarat Pengangkutan ini. Selain itu, Penumpang juga mestilah menjalani apa-apa pemeriksaan kesihatan yang mungkin dikendalikan oleh kerajaan dan/atau pegawai lapangan terbang.

Penolakan dan Pembatasan Pengangkutan

8.1 Hak untuk menolak pengangkutan: Kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, kami boleh menolak pengangkutan Penumpang atau Bagasi berdaftar/tidak berdaftar mereka atas sebab-sebab keselamatan atau jika, menurut budi bicara wajar kami, kami menentukan bahawa:

  1. tindakan tersebut adalah perlu atas sebab-sebab keselamatan atau perlindungan;
  2. tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah yang terpakai di mana-mana negeri atau negara perlepasan, destinasi atau transit;
  3. kelakuan, status, umur atau keadaan mental atau fizikal Penumpang atau keadaan fizikal bagasi berdaftar/tidak berdaftar anda adalah sedemikian rupa:
    1. sehingga menyebabkan kebimbangan yang munasabah akan berlaku bahaya kepada penumpang lain atau anak kapal kami; atau
    2. Penumpang atau Bagasi berdaftar/tidak berdaftar itu boleh menimbulkan bahaya atau risiko kepada Penumpang, orang lain atau mana-mana harta benda;
  4. Penumpang telah melakukan salah laku dalam penerbangan sebelum ini dan terdapat kemungkinan yang munasabah bahawa kelakuan tersebut akan diulang;
  5. Penumpang tidak mematuhi, atau berkemungkinan gagal untuk mematuhi arahan kami;
  6. Penumpang enggan menjalani pemeriksaan keselamatan;
  7. tambang yang dikenakan atau apa-apa caj atau cukai yang perlu dibayar belum dijelaskan;
  8. pembayaran tambang yang dibuat oleh Penumpang adalah palsu;
  9. Penumpang tidak mempunyai dokumen yang sewajarnya untuk perjalanan (dokumen perjalanan yang rosak tidak akan diterima sebagai dokumen yang sewajarnya);
  10. tempahan Tempat Duduk dibuat secara penipuan atau menyalahi undang-undang atau telah dibeli daripada seseorang yang tidak diberi kuasa oleh kami;
  11. kad kredit yang digunakan untuk membayar tambang telah dilaporkan hilang atau dicuri;
  12. Jadual Perjalanan atau tempahan atau Tiket Elektronik adalah palsu atau diperoleh secara penipuan;
  13. Jadual Perjalanan Penumpang telah diubah oleh seseorang selain daripada kami atau ejen berdaftar kami, atau telah dirosakkan (dalam kes ini kami berhak untuk menyimpan dokumentasi tersebut); dan/atau
  14. setelah mendaftar masuk atau menaiki pesawat, Penumpang gagal membuktikan bahawa dialah orang yang dinamakan sebagai Penumpang dalam Jadual Perjalanan (kami berhak untuk menyimpan Jadual Perjalanan tersebut dalam keadaan ini).
  15. Penumpang telah bertindak ganas terhadap atau mengancam kakitangan kami atau menyebabkan gangguan di kaunter kami atau mendera kakitangan kami sama ada secara fizikal atau lisan atau menurut pertimbangan kami, Penumpang adalah tidak cukup sihat untuk membuat perjalanan disebabkan berada di bawah pengaruh alkohol atau bahan lain;
  16. jika Kerajaan atau pihak berkuasa lain melarang Penumpang tersebut daripada mendaftar masuk atau menaiki pesawat;

8.2 Bayi

8.2.1 Bayi berumur 8 hari dan/atau ke bawah: Kami berhak untuk tidak membawa bayi yang berumur lapan (8) hari dan/atau ke bawah. Kami boleh, menurut budi bicara mutlak kami, memutuskan untuk membawa bayi tersebut dalam penerbangan kami apabila pengangkutan itu dibenarkan dengan jelas secara bertulis oleh pengamal perubatan dan apabila ibu bapa bayi itu menandatangani Penyata Liabiliti Terhad. Sila rujuk Jadual Bayaran untuk bayaran bayi.
Tiada peruntukan bagasi untuk bayi, namun kereta sorong bayi akan diangkut secara percuma.

8.2.2 Bayi berumur antara sembilan (9) hari hingga kurang dari dua (2) tahun - dua puluh empat (24) bulan (pada tarikh perjalanan untuk penerbangan keluar yang pertama): Bayi boleh menaiki pesawat dengan syarat dia duduk di atas riba seorang dewasa. Hanya seorang (1) bayi dibenarkan terbang dengan seorang (1) dewasa. Kereta sorong bayi tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat. Bilangan bayi adalah dihadkan untuk setiap penerbangan disebabkan oleh peraturan keselamatan dan oleh hal yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk membawa bayi bersama anda. Sila rujuk Jadual Bayaran untuk bayaran bayi.

8.3 Kanak-kanak Tanpa Pengiring: Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak akan diterima untuk penerbangan melainkan jika mereka diiringi oleh individu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Kanak-kanak yang berumur melebihi 12 tahun hingga kurang dari 16 tahun akan diterima untuk pengangkutan hanya jika ibu bapa atau penjaga menandatangani Penyata Liabiliti Terhad semasa mendaftar masuk.

8.4 Penumpang Hamil: Adalah menjadi kewajipan penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka semasa menempah Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan Penumpang hamil oleh kami tertakluk pada keadaan berikut:

  1. Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Kecuali untuk penerbangan ke/dari Amerika Syarikat (jika berkenaan), Penumpang mestilah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad kami semasa mendaftar masuk untuk membebaskan kami daripada sebarang liabiliti yang timbul daripadanya.
  2. Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
    • Penumpang mesti menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan.
    • Surat akuan doktor itu mestilah mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
    • Kecuali untuk penerbangan ke/dari Amerika Syarikat (jika berkenaan), Penumpang mestilah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad kami semasa mendaftar masuk untuk membebaskan kami daripada sebarang liabiliti yang timbul daripadanya.
  3. Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pengangkutan adalah tidak dibenarkan dalam semua penerbangan kami.

8.5 Penumpang Paraplegik dan Kuadriplegik

8.5.1 Atas sebab-sebab keselamatan, Pengangkut mengikut budi bicaranya dan mengambil kira keperluan bantuan khas, boleh membawa sebarang bilangan penumpang Paraplegik (lumpuh kedua-dua kaki) dan Kuadriplegik (lumpuh kedua-dua tangan dan kaki). Walau bagaimanapun, Pengangkut hanya boleh membawa maksimum 2 penumpang kuadriplegik untuk setiap penerbangan. Dalam keadaan tertentu, kami boleh meminta Penumpang itu untuk terbang bersama seorang teman. Sila rujuk Artikel 8.5.6 (Perjalanan Bersama Teman).

8.5.2 Alat Bantu Pergerakan: Kami menerima alat bantu pergerakan (termasuk alat bantu pergerakan berkuasa bateri) dalam penerbangan kami, tertakluk pada Artikel 8.5.5 di bawah. Penumpang diminta untuk menghubungi kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk membuat pengaturan terlebih dahulu mengenai pengangkutan alat bantu pergerakan berkuasa bateri. Kegagalan untuk memaklumkan kami mungkin akan menyebabkan kami menolak untuk mengangkut alat bantu pergerakan tersebut. Kami telah menyediakan maklumat lanjut mengenai bagaimana alat bantu pergerakan anda akan diangkut di Laman Web kami https://support.airasia.com/s/article/How-will-my-wheelchair-mobility-device-be-transported?language=en_GB. Sila rujuk juga istilah dalam Artikel 9.5.2.

8.5.3 Ubat: Penumpang dengan keadaan perubatan/penyakit termasuk mereka yang mungkin memerlukan pengurusan atau membawa ubat/picagari menaiki pesawat diminta untuk menghubungi kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk membuat pengaturan terlebih dahulu mengenai jenis bantuan khas yang diperlukan.

8.5.4 Keadaan perubatan dan penyakit: Melainkan ditentukan oleh kami, Penumpang dengan keadaan perubatan/penyakit perlu memberikan sijil perubatan yang sah bertarikh tidak melebihi sepuluh (10) hari dari tarikh penerbangan dan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad semasa mendaftar masuk. Untuk keselamatan penumpang lain, kami berhak untuk menafikan kemasukan Penumpang yang mengalami penyakit berjangkit atau kronik mengikut budi bicara kami.

8.5.4.1 Penerbangan ke/dari Amerika Syarikat (jika berkenaan): Penumpang hanya akan dikehendaki mengemukakan sijil perubatan yang sah bertarikh tidak melebihi 10 hari dari tarikh perjalanan, asalkan mereka memenuhi syarat berikut:

  • Penumpang yang mana keadaan perubatan mereka mempunyai keraguan yang munasabah bahawa individu itu boleh melengkapkan penerbangan dengan selamat, tanpa memerlukan bantuan perubatan yang luar biasa semasa penerbangan; atau
  • Penumpang yang mempunyai penyakit berjangkit atau keadaan yang boleh tersebar kepada Penumpang lain dalam kabin dalam penerbangan itu dan yang menimbulkan ancaman langsung (ini termasuk: cacar air, campak, beguk, rubela, batuk kering dan batuk kokol) dan sijil perubatan mesti mengesahkan bahawa penyakit berjangkit atau keadaan itu tidak boleh berjangkit kepada Penumpang lain dalam persekitaran kabin.

8.5.5 Kerusi Roda: Penumpang yang memerlukan perkhidmatan kerusi roda perlu menempahnya semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui Urus Tempahan Saya sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Kegagalan untuk memaklumkan kami akan menyebabkan sebarang bantuan khas atau perkhidmatan kerusi roda tidak tersedia sewaktu ketibaan anda di lapangan terbang dan anda mungkin tidak dibenarkan menaiki pesawat kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, penumpang dengan keperluan khas hendaklah mendaftar masuk di lapangan terbang.

8.5.6 Perjalanan bersama teman: Kami boleh meminta Penumpang dengan pergerakan terhad/keadaan perubatan untuk membuat perjalanan bersama seorang teman sekiranya:

  • ia penting untuk keselamatan di bawah undang-undang yang terpakai;
  • Penumpang itu tidak boleh membantu pemindahan diri sendiri dari pesawat disebabkan batasan pergerakan; atau
  • Penumpang itu tidak boleh memahami atau bertindak balas dengan sesuai terhadap arahan keselamatan.

8.5.7 Susunan Tempat Duduk: Kami akan membuat penyesuaian tempat duduk yang sewajarnya untuk Penumpang dengan keperluan tertentu menurut undang-undang yang terpakai. Kami berhak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk selepas menaiki pesawat kerana ini mungkin perlu atas sebab-sebab operasi, keselamatan, kesihatan atau perlindungan.

8.5.8 Haiwan perkhidmatan: Haiwan perkhidmatan tidak akan diterima dalam semua penerbangan kami kecuali dalam penerbangan domestik AirAsia India. Penerimaan haiwan perkhidmatan di dalam kabin adalah tertakluk pada penerimaan bersyarat. Penumpang diminta untuk menghubungi kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk membuat pengaturan mengenai pengangkutan haiwan perkhidmatan.

8.6 Keselamatan Penumpang dan Pelitup Muka: Pembawa berusaha untuk membentuk dasar perjalanan yang paling selamat bagi memastikan persekitaran yang sihat dan terjamin untuk para penumpang kami dan pekerjanya pada setiap masa. Oleh yang demikian, adalah wajib bagi semua penumpang untuk memakai pelitup muka di sepanjang perjalanan mereka melalui lapangan terbang serta semasa di dalam pesawat, kecuali ketika menikmati makanan dan minuman. Sesiapa yang tidak mematuhi syarat ini akan dihalang daripada masuk ke kawasan menaiki pesawat dan/atau akan dikeluarkan daripada penerbangan mereka dan tidak lagi dibenarkan untuk melakukan perjalanan dengan Pembawa bagi tempoh masa yang tidak kurang daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh kejadian tersebut.

Bagasi

9.1 Barangan yang Tidak Diterima sebagai Bagasi Berdaftar atau Bagasi Tidak Berdaftar: Kami berhak untuk menolak pengangkutan bagasi atau barangan yang dijumpai di dalam Bagasi seperti berikut:

  1. Barangan yang tidak dimasukkan dengan kemas ke dalam beg pakaian atau bekas lain yang sesuai untuk memastikan pengangkutan yang selamat dengan penjagaan dan pengendalian biasa;
  2. Barang-barang yang berkemungkinan boleh membahayakan pesawat atau orang-orang atau harta benda di dalamnya dan/atau didefinisikan sebagai barang-barang berbahaya di bawah Peraturan Barangan Berbahaya oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), atau Terma dan Syarat serta Syarat Pengangkutan kami dan mana-mana peraturan lain di bawah pihak berkuasa penerbangan awam tempatan;
  3. Barangan yang pengangkutannya adalah dilarang oleh undang-undang, peraturan atau arahan yang dipakai oleh mana-mana negeri atau negara perlepasan, destinasi atau transit;
  4. Barangan yang mengandungi bahan perengsa atau pelumpuh seperti Mace, penyembur lada, dsb;
  5. Barangan yang pada pendapat wajar kami tidak sesuai untuk diangkut disebabkan oleh berat, bentuk, saiz atau ciri-cirinya; Harap maklum bahawa durian, nangka dan mana-mana buah-buahan berbau kuat yang lain adalah adalah tidak dibenarkan;
  6. Makanan dan minuman panas sendiri dengan pemanas makanan tanpa api;
  7. Barangan mudah pecah atau mudah rosak;
  8. Binatang hidup atau mati;
  9. Tumbuh-tumbuhan hidup;
  10. Tinggalan rangka manusia atau binatang;
  11. Makanan laut yang segar atau dibekukan atau daging lain dengan syarat barangan tersebut boleh dibawa ke dalam pesawat sebagai bagasi bimbit hanya jika kami berpuas hati bahawa ia telah dibungkus dengan rapi. Hanya bekas polistirena dan/atau penyejuk yang mengandungi makanan kering/tidak mudah rosak dibenarkan untuk didaftar masuk selepas pemeriksaan kandungan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sekiranya Penumpang enggan menjalani pemeriksaan, kami berhak untuk menolak kemasukan bagasi itu;
  12. Senjata api dan amunisi kecuali untuk laluan terpilih dan di bawah keadaan tertentu;
  13. Bahan letupan, gas mudah bakar atau tidak mudah bakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian pemetik api), gas yang disejukkan (seperti silinder akualung terisi, nitrogen cecair), cecair mudah bakar (seperti cat, pencair, pelarut), pepejal mudah bakar (seperti mancis, pemetik api), peroksida organik (seperti resin), racun, bahan berjangkit (seperti virus, bakteria), bahan radioaktif (seperti radium), bahan kakis (seperti asid, alkali, merkuri, termometer), bahan bermagnet, bahan pengoksidaan (seperti peluntur), rokok elektronik.
  14. Senjata seperti senjata api antik, pedang, pisau atau barang seumpamanya dengan syarat bahawa barang sedemikian boleh dibenarkan sebagai bagasi berdaftar atas budi bicara mutlak kami atas sebab-sebab yang sangat istimewa. Barang-barang ini tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat walau apa jua alasannya.

9.2 Barangan Berharga dan Mudah Pecah: Penumpang dinasihatkan agar tidak mendaftar masuk barangan sedemikian sebagai bagasi. Jika ia didaftar masuk sebagai bagasi, Penumpang bersetuju bahawa pengangkutan barangan itu dibuat atas risiko mereka sendiri. Barangan tersebut termasuklah wang, barang kemas, logam berharga, barang-barang perak, peranti elektronik, komputer, kamera, peralatan video, dokumen boleh niaga, sekuriti atau barangan berharga lain, pasport dan dokumen pengenalan lain, surat ikatan hak milik, artifak, manuskrip dan yang seumpamanya.

9.3 Hak untuk Menggeledah: Atas sebab-sebab keselamatan dan perlindungan, kami boleh meminta anda menjalani pemeriksaan, imbasan x-ray atau jenis imbasan lain terhadap diri anda atau Bagasi anda. Kami berhak menggeledah Bagasi anda tanpa kehadiran anda sekiranya anda tidak dapat dihubungi, bagi tujuan untuk menentukan sama ada anda memiliki atau Bagasi anda mengandungi apa-apa barangan yang tidak boleh diterima atau terlarang. Jika anda enggan mematuhi pemeriksaan atau imbasan tersebut, kami berhak untuk menolak pengangkutan anda dan Bagasi anda tanpa bayaran balik tambang kepada anda dan tanpa apa-apa liabiliti lain terhadap anda. Sekiranya pemeriksaan atau imbasan itu menyebabkan kecederaan kepada anda atau kerosakan kepada Bagasi anda, kami tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan atau kerosakan tersebut melainkan jika ia disebabkan oleh kesalahan atau kecuaian kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan pada kunci yang disebabkan oleh pemeriksaan pihak kastam atau keselamatan di kedua-dua lapangan terbang ketibaan atau lapangan terbang perlepasan.

9.4 Penyerahan Bagasi Berdaftar: Sebaik sahaja Bagasi yang hendak didaftarkan itu diserahkan kepada kami, kami seterusnya akan menjaga Bagasi tersebut dan mengeluarkan Tag Pengenalan Bagasi untuk setiap Bagasi Berdaftar. Bagasi Berdaftar mestilah mempunyai nama anda atau pengenalan diri lain yang dilekatkan dengan kukuh padanya. Bagasi Berdaftar akan dibawa di dalam pesawat yang sama dengan pesawat yang anda naiki kecuali jika kami memutuskan untuk membawanya dengan menggunakan penerbangan alternatif atas sebab-sebab keselamatan, perlindungan atau operasi. Jika Bagasi Berdaftar anda diangkut dalam penerbangan berikutnya, kami akan membuat pengaturan dengan anda berkaitan penyerahan Bagasi anda, dalam keadaan ini, undang-undang yang terpakai mungkin menghendaki anda untuk hadir bagi pelepasan kastam.

9.5 Bagasi Berdaftar: Bayaran bagasi dikenakan untuk pengangkutan Bagasi Berdaftar, yang akan dikenakan pada kadar diskaun jika dibeli sewaktu penempahan atau selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan atau pada kadar yang lebih tinggi, atau pada kadar penuh di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang. Penumpang kabin Katil Rata Premium untuk penerbangan AirAsiaX akan diberikan peruntukan bagasi 40 kg secara percuma. Penumpang penerbangan domestik dan antarabangsa boleh membeli peruntukan bagasi 15 kg dan 20 kg pada kadar yang dinyatakan. Untuk penumpang yang membuat perjalanan ke/dari Amerika Syarikat, mereka boleh membeli maksimum 2 buah bagasi dengan berat 20 kg setiap satu, yang akan dikenakan pada kadar diskaun jika dibeli sewaktu penempahan atau selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan atau pada kadar penuh di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang. Mana-mana Penumpang yang mendaftar masuk lebih daripada 2 buah bagasi dan/atau berat setiap bagasi melebihi 20 kg akan dikenakan bayaran bagasi berlebihan di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang pada hari perlepasan. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk butiran mengenai semua kadar bayaran. Bayaran lebihan tersebut tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik.

Mana-mana Penumpang yang mendaftar masuk bagasi melebihi jumlah berat yang dibeli sewaktu penempahan akan dikenakan bayaran untuk setiap kg berlebihan di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang pada hari perlepasan. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk butiran mengenai semua kadar bayaran. Bayaran tersebut tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik dalam semua keadaan kecuali: (a) anda dialihkan ke penerbangan lain di bawah Artikel 10.2(a), tetapi tidak menerima perkhidmatan bagasi berlebihan yang telah dibeli, (b) kami telah menawarkan anda kredit di bawah Artikel 10.2(b) yang termasuk harga yang dibayar untuk perkhidmatan bagasi berlebihan; atau (c) kami telah menawarkan bayaran balik di bawah Artikel 10.2 (c) kepada anda.

9.5.2 Kereta sorong bayi, kerusi roda manual, alat bantu pergerakan dan alat bantu jalan: akan dibawa secara percuma dengan syarat barang-barang ini digunakan oleh Penumpang dalam perjalanan dan telah dimaklumkan kepada kami seperti yang dikehendaki oleh Terma dan Syarat Pengangkutan ini.

Berat maksimum yang dibenarkan untuk alat bantu pergerakan dan kerusi roda ialah 85 kg.

Penumpang dinasihatkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu untuk alat bantu pergerakan mereka untuk dihantar oleh pengangkut/kargo secara berasingan jika peralatan pergerakan tersebut tidak muat untuk dimasukkan ke dalam kargo pesawat kami (Ukuran pintu kargo: 140 cm (panjang) x 140 cm (lebar) x 100cm (tinggi)), atau tidak boleh dibawa ke dalam pesawat kami disebabkan oleh apa-apa sebab kesihatan pekerjaan, keselamatan dan/atau peraturan tempatan yang lain.

9.5.3 Bagasi Berdaftar yang Tidak Digunakan: Penumpang tidak boleh menggunakan peruntukan Bagasi Berdaftar penumpang lain yang tidak digunakan, melainkan jika mereka membuat perjalanan menggunakan Jadual Perjalanan yang sama. Penumpang yang mempunyai Jadual Perjalanan yang sama dan mereka yang tidak membuat perjalanan tidak boleh memindahkan peruntukan berat Bagasi Berdaftar yang tidak digunakan kepada penumpang lain dalam Jadual Perjalanan yang sama. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, Pengangkut tidak akan menerima sebarang objek individu yang melebihi 32 kg dengan kombinasi ukuran yang melebihi 81 cm tinggi, 119 cm lebar dan 119 cm panjang. Had berat ini tidak dikenakan untuk alat bantu pergerakan.

9.5.4 Peralatan sukan: Peralatan sukan boleh diangkut di dalam palka pesawat selepas membuat bayaran yang ditetapkan dalam Jadual Bayaran dan atas risiko anda sendiri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membeli insurans yang berkenaan untuk barangan tersebut. Mana-mana peralatan muzik yang melebihi ukuran bagasi kabin kami boleh dibawa ke dalam kabin, dengan syarat ia tidak melebihi 75 kg dan tempat duduk untuk meletakkannya telah dibeli dan tambang yang berkenaan telah dibayar. Tiada peruntukan bagasi akan diberikan untuk pembelian tempat duduk tambahan tersebut.

9.5.5 FLY-THRU: Bayaran bagasi berlebihan dan/atau apa-apa bayaran lain yang berkaitan mesti dibayar untuk kedua-dua sektor di tempat permulaan.

9.6 Bagasi Tidak Berdaftar: Semua penumpang (kecuali bayi) dibenarkan membawa dua (2) buah bagasi tidak berdaftar ke dalam pesawat. Bagasi tidak berdaftar tersebut boleh terdiri daripada kombinasi mana-mana dua (2) buah bagasi berikut: bagasi kabin atau beg komputer riba atau beg tangan atau beg bersaiz kecil. Jumlah berat untuk dua buah bagasi tidak berdaftar tersebut mestilah tidak melebihi 7 kg. Bagasi kabin tidak boleh melebihi ukuran 56 cm X 36 cm X 23 cm dan 30 cm x 40 cm x 10 cm masing-masing.

Bagasi kabin mestilah muat diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda atau di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas di dalam kabin pesawat.

Mana-mana bagasi kabin yang melebihi berat atau saiz atau yang boleh mengganggu tetamu lain tidak akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam pesawat dan penumpang dinasihatkan untuk mendaftarkan barangan sedemikian sebagai Bagasi Berdaftar di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang menurut Artikel 9.5, dan jika gagal berbuat demikian, kami berhak mendaftarkan ‘Bagasi’ sedemikian sebagai Bagasi Berdaftar semasa anda menaiki pesawat, tertakluk pada bayaran bagasi di pintu perlepasan (sila rujuk Jadual Bayaran kami).

9.6.1 Katil Boleh Lipat Dalam Penerbangan untuk Kanak-kanak: Peralatan untuk perjalanan yang boleh ditukar menjadi katil dalam penerbangan untuk kanak-kanak boleh digunakan di dalam pesawat asalkan syarat-syarat berikut dipatuhi:

  • Katil boleh lipat dalam penerbangan itu mestilah digunakan di tempat duduk tepi tingkap sahaja.
  • Ia mestilah tidak melebihi ukuran jarak antara tempat duduk (28 inci dan 29 inci; bersamaan dengan 71.12 cm dan 73.66 cm). Penggunaan katil ini adalah tidak dibenarkan sekiranya ia melebihi ukuran jarak antara tempat duduk dan ia mestilah disimpan dengan selamat di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas atau di bawah tempat duduk hadapan.
  • Apabila digunakan:
    1. Katil boleh lipat dalam penerbangan itu mestilah muat dengan tempat duduk (jarak antara tempat duduk dan lebar) dan mestilah dipasang dengan kukuh
    2. Kanak-kanak/bayi di bawah umur (2) tahun TIDAK dibenarkan untuk menggunakan katil dalam penerbangan ini
    3. Kanak-kanak mestilah duduk menghadap ke depan dan boleh mengetatkan tali pinggang keselamatan di bawah lengan mereka
    4. TIDAK boleh digunakan di baris keluar kecemasan
    5. TIDAK menghalang tempat duduk hadapan daripada direbahkan
    6. Ia mestilah mematuhi bilangan, berat dan saiz seperti yang dinyatakan dalam polisi bagasi kabin kami
    7. Mestilah disimpan dengan selamat di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas atau di bawah tempat duduk hadapan - semasa pesawat sedang bergerak di landasan, berlepas dan mendarat serta apabila diarahkan oleh kakitangan yang bertugas
    8. Jenis buaian/tilam angin adalah tidak dibenarkan

9.6.2 Cecair, Aerosol dan Gel: Tertakluk pada undang-undang dan peraturan tempatan yang diguna pakai secara meluas, Penumpang boleh membawa masuk cecair yang disimpan di dalam bagasi kabin mereka ke dalam pesawat dengan syarat mereka mematuhi pembatasan berikut:

  1. Cecair tersebut diisi di dalam bekas dengan isipadu maksimum 100 ml;
  2. Semua bekas cecair yang mematuhi syarat isipadu maksimum 100 ml setiap satu boleh dimuatkan ke dalam satu beg plastik 1 liter yang lutsinar dan boleh ditutup semula.

Beg plastik tersebut hendaklah ditunjukkan secara berasingan semasa pemeriksaan keselamatan. Anda mungkin dikehendaki untuk membuang cecair yang tidak memenuhi kehendak di atas.

9.6.3 Barangan yang Dikeluarkan Daripada Penumpang Oleh Kakitangan Keselamatan Lapangan Terbang: Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap, atau mempunyai liabiliti berkenaan dengan, barangan yang dikeluarkan daripada anda atau Bagasi anda oleh kakitangan keselamatan lapangan terbang yang bertindak menurut peraturan antarabangsa atau kerajaan, sama ada mana-mana barangan tersebut kemudiannya disimpan atau dimusnahkan atau diserahkan kepada kami oleh kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut.

9.7 Had Berat Pesawat: Jika berat pesawat melebihi had yang dibenarkan, kami boleh membuat keputusan tentang barangan mana yang akan dibawa mengikut budi bicara kami dan tertakluk pada peruntukan Artikel 9 dalam Terma dan Syarat Pengangkutan ini serta mana-mana undang-undang tempatan yang terpakai.

9.8 Pengambilan dan Penyerahan Bagasi: Anda hendaklah mengambil Bagasi anda sebaik sahaja ia tersedia untuk pengambilan di lokasi destinasi. Jika anda tidak mengambilnya dalam jangka masa yang sewajarnya dan Bagasi tersebut perlu disimpan di premis kami, kami boleh mengenakan bayaran penyimpanan. Jika Bagasi Berdaftar tidak dituntut dalam masa satu (1) bulan dari masa ia tersedia untuk pengambilan, kami boleh membuangnya tanpa apa-apa liabiliti terhadap anda. Hanya pemegang Tag Pengenalan Bagasi yang dihantar kepada Penumpang semasa pendaftaran Bagasi yang berhak menerima penyerahan Bagasi. Jika individu yang menuntut Bagasi itu tidak dapat mengemukakan Tag Pengenalan Bagasi untuk mengenal pasti Bagasi tersebut, kami akan menyerahkan Bagasi itu kepada individu tersebut hanya apabila kami telah berpuas hati bahawa dia telah membuktikan haknya ke atas bagasi tersebut, dan jika kami menghendakinya, penumpang tersebut hendaklah menyediakan jaminan yang mencukupi untuk menanggung sebarang kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang mungkin kami tanggung akibat penyerahan tersebut. Penerimaan Bagasi oleh pemegang Tag Pengenalan Bagasi tanpa aduan semasa penyerahan merupakan bukti prima facie bahawa Bagasi tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan selaras dengan kontrak pengangkutan yang dipersetujui bersama.

9.9 Sekiranya Anda Mengambil Beg yang Salah: Sekiranya anda mengambil beg yang salah atau bagasi lain dari karusel bagasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengembalikan beg atau bagasi tersebut dengan serta-merta menggunakan kos anda sendiri kepada pegawai tuntutan bagasi atau pengurus lapangan terbang di lapangan terbang tempat pengambilan bagasi tersebut. Anda juga perlu menanggung kos penghantaran yang akan kami kenakan untuk menghantar beg tersebut kepada pemiliknya.

Jadual, Pembatalan

10.1 Jadual: Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan kelewatan semasa membawa anda dan Bagasi anda. Kami akan berusaha untuk mematuhi jadual yang telah diterbitkan pada tarikh perjalanan. Walau bagaimanapun, waktu yang tertera dalam jadual waktu, jadual atau tempat lain adalah tertakluk pada perubahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Sekiranya berlaku perubahan dalam status penerbangan di mana terdapat pembatalan atau kelewatan selama tiga puluh (30) minit atau lebih dalam operasi penerbangan yang dijadualkan, kami akan memaklumkan anda mengenai perubahan status penerbangan secepat yang mungkin setelah mengetahui mengenai perubahan tersebut. Kami tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh penumpang akibat perubahan tersebut.

10.2 Pembatalan, Perubahan Jadual: Pada bila-bila masa selepas tempahan dibuat, perubahan, pembatalan, pengubahan haluan, penundaan, penjadualan semula dan/atau kelewatan mana-mana penerbangan mungkin berlaku disebabkan keadaan yang di luar kawalan kami atau atas sebab-sebab keselamatan atau komersial. Dalam keadaan sedemikian, kami boleh mengikut budi bicara kami, menawarkan anda salah satu daripada pilihan berikut atau apa-apa pilihan lain yang mungkin telah kami umumkan pada masa itu atau yang kami tawarkan disebabkan oleh mana-mana undang-undang yang terpakai yang dikenakan kepada kami:

  1. membawa anda seawal mungkin menaiki penerbangan kami yang lain yang telah dijadualkan sekiranya terdapat kekosongan tanpa caj tambahan dan, jika perlu, melanjutkan tempoh sah tempahan anda; atau
  2. mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit untuk perjalanan masa depan anda jika anda memilih untuk membuat perjalanan pada masa lain, dengan syarat anda menempah semula dalam tempoh yang dinyatakan dalam Syarat Kontrak kami dengan anda. Kesahan akaun kredit bermula pada tarikh kredit dimasukkan ke dalam akaun yang dipegang atau disimpan oleh anda dengan kami.
  3. mengembalikan nilai tambang ke akaun bank atau kad kredit atau debit anda jika anda memilih untuk tidak meneruskan perjalanan anda disebabkan oleh pembatalan, kelewatan dan/atau penjadualan semula penerbangan yang berlaku tiga (3) jam atau lebih sebelum atau selepas waktu berlepas asal yang dijadualkan. Untuk mengelakkan keraguan, tiada bayaran balik akan diberikan apabila penerbangan ditangguhkan, dibatalkan dan/atau dijadualkan semula di lapangan terbang pada hari perlepasan yang mana anda mungkin tidak diterima dalam penerbangan itu.

10.2.1 FLY-THRU: Jika kelewatan atau pembatalan/penjadualan semula penerbangan kami menyebabkan anda terlepas penerbangan FLY-THRU di mana anda mempunyai Tempahan yang telah disahkan, anda berhak untuk yang berikut:

Jika penerbangan anda terlewat di lapangan terbang permulaan: bebas untuk menaiki penerbangan yang tersedia berikutnya yang menghubungkan ke destinasi terakhir dalam Masa Sambungan kami.

Jika penerbangan anda yang berikutnya terlewat: penukaran percuma ke penerbangan yang tersedia berikutnya, dalam Masa Sambungan kami.

Jika penerbangan baharu anda tidak memenuhi syarat Masa Sambungan kami atau jika penerbangan yang tersedia berikutnya jatuh pada hari berikutnya, kami tidak akan menyediakan:

  • Penginapan sehari atau semalaman
  • Pengangkutan darat
  • Penyimpanan Bagasi berdaftar anda. Anda perlu mengambil beg anda di tempat transit dan mendaftar masuk semula untuk penerbangan yang seterusnya.

10.3 Remedi tunggal: Kecuali jika undang-undang yang berkenaan diguna pakai, dan dengan pengecualian kepada penumpang yang membuat perjalanan ke dan dari Amerika Syarikat, pilihan yang digariskan dalam Artikel 10.2 adalah remedi tunggal dan eksklusif yang tersedia untuk anda dan selepas itu, kami tidak lagi mempunyai liabiliti terhadap anda dalam hal ini.

Bayaran balik

Sekiranya kami dikehendaki membuat pembayaran balik mengikut Terma dan Syarat ini atau mengikut undang-undang yang berkenaan, maka, artikel ini akan diguna pakai. Kami akan membayar balik cukai lapangan terbang serta cukai nilai tambah atau cukai barangan dan perkhidmatan yang dibayar untuk cukai lapangan terbang sahaja. Pembayaran balik hanya akan dilakukan jika permohonan secara bertulis dibuat dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh perjalanan dan pembayaran balik ini adalah tertakluk pada bayaran pemprosesan bayaran balik, jika berkenaan.

11.1 Umum: Sekiranya Penumpang gagal untuk menggunakan Tiket mereka atau sebahagian daripadanya atas alasan-alasan yang dinyatakan dalam Artikel 11.3 atau Artikel 11.4, kami akan membuat pembayaran balik dalam mata wang asal yang dibayar untuk Tiket atau bahagian yang tidak digunakan itu, selaras dengan Artikel ini dan peraturan dalaman kami. Sekiranya Penumpang gagal untuk menggunakan Tiket mereka atau sebahagian daripadanya atas alasan lain selain daripada yang dinyatakan dalam Artikel 11.3 atau Artikel 11.4, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, bayaran balik sukarela yang dibuat oleh Penumpang, kami tidak akan mengembalikan apa-apa Tambang dan Caj yang diterima daripada Penumpang untuk Tiket atau bahagian yang tidak digunakan itu, selain daripada yang ditetapkan dalam Artikel 11.5.

11.2 Orang yang Layak Menerima Bayaran Balik: Apabila kami membuat bayaran balik mengikut Terma dan Syarat ini serta peraturan dalaman kami, kami akan membuat bayaran balik kepada salah seorang daripada orang berikut:

  • orang yang dinamakan atau tertera pada Tiket sebagai Penumpang atau;
  • orang yang membeli Tiket, yang dapat mengemukakan bukti yang memuaskan kepada kami, yang menunjukkan bahawa dia layak menerima bayaran balik tersebut.

11.3 Bayaran balik Sukarela: Istilah "Bayaran balik Sukarela" bermaksud apa-apa bayaran balik yang dibuat apabila Penumpang tidak dapat menggunakan Pengangkut yang dinyatakan dalam Tiket kerana kami membatalkan penerbangan, gagal untuk mengendalikan penerbangan mengikut jadual di luar kawalan kami, gagal untuk berhenti di destinasi Penumpang atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam Artikel 10.2, atau gagal memberikan tempat duduk kepada Penumpang dalam penerbangan yang ditempah oleh Penumpang tersebut atas apa-apa alasan yang dinyatakan dalam Artikel 5.8.1, atau menolak untuk membawa atau mengeluarkan Penumpang mengikut mana-mana Artikel 8.1 (a), (b), (c), (d), (e), (f), (n), dan (o), dan jumlah bayaran balik adalah:

  • jika tiada bahagian perjalanan yang dibuat, jumlah yang sama dengan Tambang yang dibayar; atau,
  • jika sebahagian daripada perjalanan telah dibuat, yang lebih tinggi daripada yang berikut:
    1. jumlah yang sama dengan Tambang, ditolak dengan kadar diskaun yang sama, jika ada, yang telah digunakan dalam pengiraan Tambang asal, dan Caj yang dikenakan untuk pengangkutan yang tidak digunakan tersebut, bermula dari tempat penamatan perjalanan (atau tempat di mana pengangkutan akan disambung semula, sekiranya tiada penamatan) hingga ke destinasi yang tertera atau tercatat pada Tiket; atau
    2. perbezaan antara Tambang yang dibayar dan Tambang untuk Pengangkutan yang telah diselesaikan.

11.4 Bayaran Balik Akibat Force Majeure, dsb: Sekiranya kami membatalkan penerbangan, gagal mengendalikan penerbangan mengikut jadual melebihi masa yang munasabah dengan mengambil kira situasi yang mengakibatkan berlakunya keadaan tersebut, gagal untuk berhenti di destinasi Penumpang disebabkan mana-mana situasi yang dinyatakan dalam Artikel 10.2, kami boleh, mengikut pilihan kami, membuat pembayaran balik mengikut Artikel 10.2 (c), dan jumlah bayaran balik adalah:

  • jika tiada bahagian perjalanan yang dibuat; Tambang dibayar; atau
  • jika sebahagian daripada perjalanan telah dibuat, yang lebih tinggi daripada yang berikut:
    1. jumlah yang sama dengan Tambang, ditolak dengan kadar diskaun yang sama, jika ada, yang telah digunakan dalam pengiraan Tambang asal, dan Caj yang dikenakan untuk pengangkutan yang tidak digunakan tersebut, bermula dari tempat penamatan perjalanan (atau tempat di mana pengangkutan akan disambung semula, sekiranya tiada penamatan) hingga ke destinasi yang tertera atau tercatat pada Tiket; atau
    2. perbezaan antara Tambang yang dibayar dan Tambang untuk Pengangkutan yang telah diselesaikan.

11.5 Bayaran Balik untuk Alasan Selain Daripada Bayaran Balik Bukan Secara Sukarela dan Force Majeure, dsb: Kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, dsb, kami akan membuat bayaran balik untuk cukai atau caj kerajaan yang dikenakan ke atas perjalanan udara oleh kerajaan, pihak berkuasa yang berkenaan atau operator lapangan terbang seperti yang terkandung dalam Artikel 4.2 hanya untuk alasan yang tidak dinyatakan dalam Artikel 11.3 atau Artikel 11.4. Pembayaran balik untuk cukai dan caj kerajaan tersebut hanya akan dilakukan jika permohonan secara bertulis dibuat dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh perjalanan dan pembayaran balik ini adalah tertakluk pada bayaran pemprosesan bayaran balik, jika berkenaan.

11.6 Hak untuk Menolak Pembayaran Balik: Walau apa pun dalam Artikel 11 ini, kami boleh menolak untuk memberikan bayaran balik untuk Tiket sekiranya:

Untuk kes permohonan bayaran balik berdasarkan Artikel 11.3 atau Artikel 11.4, permohonan tersebut dilakukan melebihi tiga puluh (30) hari selepas tarikh berlepas yang tertera atau tercatat pada Tiket. Jika Penumpang tidak menaiki penerbangan yang ditempah olehnya tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada kami, Artikel 11.5 akan diguna pakai;

Berkenaan Tiket Penumpang yang dikemukakan kepada kami atau kepada pegawai kerajaan sesebuah negara sebagai bukti niat Penumpang tersebut untuk berlepas dari tempat itu, Penumpang tersebut gagal untuk menunjukkan bukti yang mencukupi bahawa dia mempunyai kebenaran untuk tinggal di negara itu atau bahawa dia akan meninggalkan tempat itu menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan atau pengangkutan lain; atau

Pengangkutan Penumpang ditolak atau dia dikeluarkan mengikut mana-mana Artikel 8.1 (g), (h), (i), (j), (k), (l) dan (m), dengan syarat, walau bagaimanapun jika Penumpang membayar sebahagian daripada Tambang, Caj atau cukai, dan pengangkutan Penumpang tersebut ditolak atau dia dikeluarkan mengikut Artikel 8.1(g), kami akan mengembalikan wang yang diterima daripada Penumpang tersebut.

11.7 Cara Bayaran Balik: Sekiranya kami membuat pembayaran balik, ia hendaklah dibuat dalam cara yang sama dengan bayaran asal yang dibuat oleh Penumpang atau orang yang membayar untuk tempahan tersebut. Kami mungkin memerlukan bukti pengenalan dan pembayaran. Bayaran balik akan dibuat dalam mata wang yang dibayar untuk Tiket tersebut. Bayaran balik adalah tertakluk pada peraturan yang berkuatkuasa di negara yang mana Tiket asalnya dibeli dan/atau peraturan yang berkuatkuasa di negara yang mana bayaran balik perlu dibayar.

11.8 Berkenaan dengan apa-apa tuntutan untuk bayaran balik yang berkaitan dengan Tiket/Jadual Perjalanan/Tempahan yang telah ditempah melalui ejen pelancongan atau pihak ketiga yang lain, Penumpang mestilah menghantar permohonan bayaran balik mereka kepada kepada ejen/pihak tersebut.

Kelakuan di Dalam Pesawat

12.1 Sekiranya, menurut pendapat wajar kami, kelakuan anda di dalam pesawat boleh membahayakan pesawat atau mana-mana penumpang atau harta benda di dalamnya, ataupun boleh menghalang atau mengganggu anak-anak kapal menjalankan tugas mereka, atau gagal untuk mematuhi sebarang arahan anak kapal, termasuk, tetapi tidak terhad kepada perbuatan yang berkaitan dengan merokok dalam sebarang bentuk termasuk rokok elektronik, pengambilan alkohol, penggunaan telefon bimbit, atau penggunaan sebarang perkataan yang berunsur ugutan, bahasa kesat atau hinaan terhadap anak-anak kapal atau penumpang, atau berkelakuan yang menyebabkan ketidakselesaan, kesulitan, kerosakan atau kecederaan kepada penumpang lain atau anak kapal, kami boleh mengambil tindakan yang difikirkan perlu, termasuklah penahanan, untuk menghalang daripada berulangnya kelakuan tersebut. Anda boleh diarahkan untuk meninggalkan pesawat dan tidak dibenarkan menaiki penerbangan seterusnya di mana-mana jua dan boleh didakwa atas kesalahan yang dilakukan semasa berada di dalam pesawat berkenaan.

12.2 Sekiranya akibat kelakuan anda itu kami memutuskan, mengikut budi bicara kami sewajarnya, untuk mengubah haluan pesawat bagi menurunkan anda, maka anda hendaklah bertanggungjawab atas segala jenis kos yang terpaksa kami tanggung sebagai akibat atau yang timbul daripada pengubahan haluan tersebut.

12.3 Atas sebab-sebab keselamatan, kami boleh melarang atau mengehadkan penggunaan peralatan elektronik di dalam pesawat, termasuklah tetapi tidak terhad kepada telefon bimbit, komputer riba, perakam mudah alih, radio mudah alih, pemain cakera padat, permainan elektronik atau peranti pemancar, termasuk mainan kawalan radio dan walkie-talkie. Penggunaan alat bantuan pendengaran dan perentak jantung adalah dibenarkan.

12.4 Merokok dalam apa-apa bentuk termasuk rokok elektronik adalah tidak dibenarkan dalam mana-mana penerbangan kami.

Pembatasan Liabiliti

13.1 Notis Konvensyen Warsaw, Montreal: Sekiranya perjalanan Penumpang melibatkan destinasi terakhir atau berhenti di sebuah negara selain daripada negara perlepasan, Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal 1999 boleh diguna pakai. Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal 1999 akan mentadbir dan dalam kebanyakan kes, mengehadkan liabiliti pengangkut terhadap kematian atau kecederaan diri serta yang berkaitan dengan kehilangan atau kerosakan bagasi.

13.2 Notis Pembatasan Liabiliti Bagasi: Liabiliti untuk kehilangan, kelewatan atau kerosakan bagasi termasuk mana-mana bahagian bagasi yang terjulur seperti roda, kaki, tali, pemegang tarik/teleskopik, cangkuk hangar, kelepak longgar, zip, poket atau barangan terpasang lain adalah terhad kecuali jika nilai yang lebih tinggi diisytiharkan terlebih dahulu dan caj tambahan telah dibayar. Liabiliti untuk perjalanan domestik dan liabiliti untuk perjalanan antarabangsa berbeza mengikut undang-undang masing-masing.

13.3 Jika Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal tidak dipakai: Jika pengangkutan anda tidak tertakluk pada peraturan liabiliti Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal, peraturan yang berikut akan dikenakan:

  1. Apa-apa liabiliti yang kami tanggung untuk Kerosakan akan dikurangkan sekiranya terdapat kecuaian oleh pihak anda yang menyebabkan atau menyumbang kepada Kerosakan tersebut menurut undang-undang yang terpakai.
  2. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas Kerosakan Bagasi Berdaftar atau Tidak Berdaftar melainkan jika Kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian kami dan Bagasi tersebut berada dalam kawalan atau jagaan kami.
  3. Kecuali dalam kes sesuatu perbuatan atau pengabaian yang dibuat dengan niat untuk menyebabkan Kerosakan atau dibuat secara melulu serta dengan pengetahuan bahawa Kerosakan mungkin berlaku, liabiliti kami dalam kes Kerosakan Bagasi Berdaftar dan Bagasi Tidak Berdaftar hendaklah dihadkan kepada jumlah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Bayaran. Jika berat Bagasi tidak dicatatkan pada Tag Pengenalan Bagasi, maka jumlah berat Bagasi Berdaftar itu dianggap tidak melebihi peruntukan bagasi percuma yang terpakai untuk kelas pengangkutan berkenaan. Jika dalam kes Bagasi Berdaftar, nilai yang lebih tinggi telah ditetapkan secara bertulis menurut kemudahan penilaian lebihan, liabiliti kami hendaklah dihadkan kepada nilai lebih tinggi yang ditetapkan tersebut.
  4. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa Kerosakan yang timbul akibat pematuhan kami terhadap undang-undang atau peraturan Kerajaan dan peraturan yang terpakai atau akibat kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan Kerajaan dan peraturan tersebut.
  5. Kecuali jika peruntukan khusus dibuat dalam Terma dan Syarat ini, kami hanya akan bertanggungjawab kepada anda untuk kerosakan pampasan yang boleh ditebus bagi kehilangan dan kos yang terbukti menurut undang-undang terpakai.
  6. Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa Kerosakan yang disebabkan oleh Bagasi anda. Anda hendaklah bertanggungjawab untuk sebarang Kerosakan yang disebabkan oleh Bagasi anda kepada penumpang atau harta benda lain, termasuk harta benda kami.
  7. Kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali atas Kerosakan peralatan atau barangan yang tidak dibenarkan dibawa di dalam Bagasi Berdaftar dan Tidak Berdaftar, termasuk tetapi tidak terhad kepada, barangan yang mudah pecah atau mudah rosak, barangan berharga seperti wang, barang kemas, logam berharga, komputer, peranti elektronik peribadi, dokumen boleh niaga, sekuriti atau barangan berharga lain, dokumen perniagaan, pasport dan dokumen pengenalan lain, surat ikatan hak milik atau sampel.
  8. Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa penyakit atau ketidakupayaan, termasuklah kematian yang dikatakan berpunca daripada keadaan fizikal anda atau kerana kemerosotan keadaan tersebut.
  9. Syarat pengangkutan termasuk Terma dan Syarat ini serta pengecualian atau pembatasan liabiliti, adalah terpakai kepada ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil kami meliputi tahap yang sama seperti yang terpakai kepada kami. Jumlah keseluruhan yang boleh ditebus daripada kami dan daripada ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil tersebut tidak boleh melebihi jumlah liabiliti anda sendiri sekiranya ada.
  10. Tiada apa-apa pun dalam Terma dan Syarat ini atau Syarat Pengangkutan boleh mengetepikan sebarang pengecualian atau pembatasan liabiliti kami menurut Konvensyen Warsaw atau sebarang Konvensyen lain yang berkenaan atau undang-undang yang dikuatkuasakan melainkan jika kami menyatakan sebaliknya dengan jelas.

Had Masa Tuntutan dan Tindakan

14.1 Notis Tuntutan: Penerimaan Bagasi oleh pemegang Tag Pengenalan Bagasi tanpa aduan semasa penyerahan merupakan bukti yang mencukupi bahawa Bagasi tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan selaras dengan kontrak pengangkutan, melainkan jika anda membuktikan sebaliknya. Jika anda ingin membuat tuntutan atau mengambil tindakan yang berkenaan dengan Kerosakan kepada Bagasi Berdaftar, anda mesti memaklumkan kami sebaik sahaja anda menyedari Kerosakan tersebut, dan selewat-lewatnya dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Bagasi tersebut. Jika anda ingin membuat tuntutan atau mengambil tindakan yang berkenaan dengan kelewatan Bagasi Berdaftar, anda hendaklah memaklumkan kami dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh Bagasi tersebut diletakkan dalam jagaan anda. Setiap pemberitahuan tersebut mestilah dibuat secara bertulis dan dikirimkan atau dihantar kepada kami dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

14.2 Had masa tindakan: Apa-apa hak ke atas kerosakan hendaklah dihapuskan jika tiada tindakan dibuat terhadap kami dalam masa dua (2) tahun dari tarikh ketibaan di destinasi, atau tarikh pesawat dijadualkan tiba, atau tarikh pengangkutan itu dihentikan. Cara pengiraan tempoh had masa hendaklah ditentukan oleh undang-undang mahkamah tempat kes ini didengar.

Pengubahsuaian dan Penepian serta Kebolehasingan

15.1 Tiada seorang pun daripada ejen, pekerja atau wakil kami mempunyai kuasa untuk meminda, mengubah suai atau mengetepikan mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini.

15.2 Terma dan Syarat ini membentuk sebahagian daripada Syarat Pengangkutan. Jika mana-mana peruntukan atau istilah mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagian lain Syarat Kontrak dianggap tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia tidak akan mempengaruhi pelaksanaan mana-mana peruntukan lain yang terkandung dalam Syarat Kontrak.

Khidmat Pelanggan

16.1 Untuk maklum balas segera 24 jam sehari dan bantuan segera, sila Berbual dengan AVA. Bagi Penumpang di Tanah Besar China yang tidak berjaya mencapai AVA, anda boleh hubungi +862066618855.