Terma dan syarat pengangkutan untuk penerbangan XJ

Takrif

1.1 Makna: Ungkapan khas dalam Terma & Syarat ini membawa maksud seperti berikut:

  • “Kod penanda syarikat penerbangan” bermaksud dua aksara atau tiga huruf yang mengenal pasti pengangkut udara tertentu.
  • “Ejen berdaftar” bermaksud ejen jualan penumpang yang dilantik oleh Pengangkut untuk mewakilinya dalam penjualan pengangkutan penumpang udara menggunakan perkhidmatan Pengangkut tersebut dan, apabila diberi kuasa, menggunakan perkhidmatan pengangkut udara lain.
  • “Bagasi” bermaksud harta peribadi anda yang dibawa bersama sewaktu perjalanan. Ia termasuk kedua-dua Bagasi Berdaftar dan Tidak Berdaftar anda, kecuali jika dinyatakan sebaliknya;
  • “Tanda pemeriksaan bagasi” bermaksud dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang sebagai resit untuk Bagasi Berdaftar serta yang berkaitan dengan pengangkutan Bagasi Berdaftar termasuk Teg Pengenalan Bagasi.
  • “Teg pengenalan bagasi” bermaksud dokumen yang dikeluarkan oleh Pengangkut khusus untuk mengenal pasti Bagasi Berdaftar.
  • “Tempahan” bermaksud tempahan tiket penerbangan yang mana penerbangan tersebut dikendalikan oleh kami menurut terma dan syarat bersama.
  • “Nombor Rujukan Tempahan” bermaksud nombor rujukan yang diberikan oleh Pengangkut kepada Penumpang untuk mengenal pasti Tempahan Penumpang yang telah disahkan oleh Pengangkut.
  • “Bagasi berdaftar” bermaksud bagasi yang diletakkan dalam jagaan kami dan yang telah kami keluarkan Teg Pengenalan Bagasi; ia juga kadang-kadang dirujuk sebagai “bagasi daftar masuk.
  • “Waktu akhir daftar masuk” bermaksud had masa yang ditetapkan oleh Pengangkut untuk anda melengkapkan urusan daftar masuk dan menerima pas masuk anda.
  • “Syarat kontrak” bermaksud penyataan yang terkandung dalam atau dihantar bersama Jadual Perjalanan, yang dikenal pasti sedemikian dan mengandungi Terma & Syarat serta notis yang terdapat di pejabat serta kaunter daftar masuk kami sebagai rujukan.
  • “Masa sambungan” bermaksud masa antara ketibaan satu penerbangan dengan perlepasan satu penerbangan yang lain untuk FLY-THRU. Thai AirAsia X berhak meminda masa sambungan antara penerbangan-penerbangan FLY-THRU tanpa pemberitahuan terlebih dahulu disebabkan oleh pembatasan yang dikenakan kepada kami oleh operator lapangan terbang dan/atau kehendak operasi.
  • “Konvensyen” bermaksud mana-mana yang terpakai seperti berikut:
    • Konvensyen untuk Penyatuan Peraturan Tertentu Berkaitan dengan Pengangkutan Udara Antarabangsa, ditandatangani di Warsaw, 12 Oktober 1929 (Konvensyen Warsaw)
    • Konvensyen Warsaw sebagaimana yang dipinda di The Hague pada 28 September 1955
    • Konvensyen Warsaw sebagaimana yang dipinda di The Hague dengan Protokol Tambahan No. 1, 2 atau 4 Montreal (1975)
    • Konvensyen Tambahan Guadalajara (1961)
    • Konvensyen Montreal (1999)
    • Apa-apa protokol, konvensyen atau peraturan yang terpakai serta apa-apa perundangan yang membenarkan
  • "Kerosakan" termasuk kematian, kecederaan tubuh badan penumpang, kelewatan, kerugian atau kerosakan lain dalam apa jua bentuk yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan pengangkutan atau perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh kami.
  • “Kupon elektronik” bermaksud kupon penerbangan elektronik elektronik atau dokumen berharga lain yang disimpan dalam pangkalan data Pengangkut.
  • “Tiket elektronik” bermaksud Jadual Perjalanan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pengangkut, Kupon Elektronik dan, jika terpakai, dokumen untuk menaiki pesawat.
  • “Kupon penerbangan” bermaksud bahagian Tiket yang mengandungi catatan khas “dibenarkan lalu”, atau dalam kes "Tiket Elektronik" ialah Kupon Elektronik, dan tertera tempat-tempat tertentu yang penumpang tersebut perlu dibawa oleh Pengangkut.
  • “FLY-THRU” bermaksud penerbangan berikutnya yang menyediakan perjalanan seterusnya dalam jadual perjalanan yang sama atau dalam PNR tunggal yang mematuhi masa sambungan kami.
  • “Tetamu” atau “Penumpang” bermaksud sesiapa, tidak termasuk anak-anak kapal, yang dibawa atau akan dibawa di dalam sesuatu pesawat dengan keizinan Pengangkut (juga dirujuk sebagai “anda”, “diri anda” dan “anda sendiri”).
  • “Jadual perjalanan” bermaksud dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang yang mengandungi nama Penumpang, maklumat penerbangan, nombor rujukan tempahan, Syarat Kontrak dan notis.
  • “Bayi” bermaksud Penumpang yang berumur kurang daripada 24 bulan pada tarikh permulaan perjalanan.
  • “Laluan” bermaksud penerbangan dari lapangan terbang permulaan hingga ke lapangan terbang destinasi.
  • “Tempat duduk” bermaksud tempat duduk dalam pesawat kami.
  • “Tarif” bermaksud tambang dan caj kami yang diumumkan secara elektronik atau di atas kertas.
  • “Tiket” bermaksud Jadual Perjalanan dan termasuk Tiket Elektronik dan Kupon Elektronik yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak kami serta termasuk Syarat Kontrak dan notis yang terkandung di dalamnya.
  • “Terma dan syarat” bermaksud Terma dan Syarat Pengangkutan ini.
  • “Bagasi tidak berdaftar” bermaksud apa-apa bagasi selain daripada Bagasi Berdaftar termasuk semua barangan yang anda bawa ke dalam kabin pesawat.
  • “Kami”,“Diri Kami”,“Kami Sendiri” dan “Pengangkut” bermaksud Thai AirAsia X Co.,Ltd.
  • “Anda”, “Diri Anda”, “Anda Sendiri” bermaksud sesiapa yang memiliki suatu Tempahan yang perlu dibawa atau akan dibawa di dalam sesuatu pesawat, tidak termasuk anak-anak kapal. (juga ditakrifkan sebagai penumpang)
  • “Laman Web” bermaksud laman internet www.airasia.com yang kami sediakan untuk Penumpang membuat tempahan dalam talian dan untuk mendapatkan maklumat tentang kami.

1.2 Kapsyen: Tajuk atau kapsyen setiap Artikel dalam Terma & Syarat ini adalah untuk kemudahan sahaja dan bukan untuk kegunaan penafsiran teks.

Keterterapan

2.1 Umum: Terma & Syarat ini dipakai untuk pengangkutan udara atau pengangkutan cara lain termasuk pengangkutan darat untuk Penumpang dan Bagasi yang dikendalikan oleh atau bagi pihak kami, dan untuk apa-apa tanggungan (liabiliti) yang mungkin wujud berkaitan dengan pembawaan dan pengangkutan tersebut.

2.2 Terma & Syarat Terpakai: Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Terma & Syarat ini, sekiranya terdapat ketidaktekalan antara Terma & Syarat ini dengan Syarat Kontrak kami atau sebarang peraturan lain yang kami perlu patuhi, Terma & Syarat ini akan diguna pakai.

2.3 Bahasa: Bahasa yang digunakan dalam Terma & Syarat ini ialah Bahasa Inggeris dan walaupun terdapat terjemahan dalam bahasa-bahasa lain, Bahasa Inggeris hendaklah menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan untuk penafsiran Terma & Syarat ini.

Tiket / Jadual Perjalanan

3.1 KeteranganPrima Facie Kontrak: Jadual Perjalanan ialah keterangan prima facie kontrak untuk pengangkutan antara penumpang dan kami. Jadual Perjalanan, Terma & Syarat ini serta Syarat Kontrak kami (termasuk Tarif yang terpakai) bersama-sama membentuk terma dan syarat kontrak pengangkutan antara anda dan kami.

3.2 Kebolehpindahan: Kontrak untuk pengangkutan hanya boleh dipindahkan seperti yang diperuntukkan dalam Terma & Syarat ini dan Syarat Kontrak kami.

3.3 Kesahan: Jadual Perjalanan hanya sah untuk Penumpang yang dinamakan dan penerbangan yang dinyatakan di dalamnya.

3.4 Identiti: Kami akan menyediakan pengangkutan hanya kepada Penumpang yang dinamakan dalam Jadual Perjalanan atau Tiket Elektronik. Anda akan diminta untuk menunjukkan pengenalan diri yang berkenaan semasa daftar masuk.

Tambang

4.1 Umum: Tambang hanya dikenakan untuk pengangkutan dari lapangan terbang permulaan hingga ke lapangan terbang destinasi. Tambang tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan darat antara lapangan terbang dan lapangan terbang dengan terminal bandar kecuali jika dinyatakan sebaliknya secara khusus oleh kami. Kami hanya merupakan pengangkut dari satu tempat ke tempat lain, melainkan jika anda membeli tempahan Fly-Thru kami dan kami tidak bertanggungjawab terhadap anda untuk apa-apa penerbangan sambungan. Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan anda menaiki mana-mana penerbangan sambungan. Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan anda untuk menaiki mana-mana penerbangan sambungan domestik atau antarabangsa.

4.1.1 Jika anda telah membeli tempahan FLY-THRU kami, anda hendaklah membuat perjalanan mengikut aturan yang telah dinyatakan dalam jadual perjalanan anda bermula dari destinasi asal sehingga ke destinasi terakhir melalui mana-mana destinasi transit yang telah ditentukan oleh kami. Jika anda telah membeli produk FLY-THRU kami, terma yang berkaitan dengan FLY-THRU dalam Terma dan Syarat ini adalah terpakai. Jika anda telah membeli FLY-THRU yang melibatkan lebih daripada satu syarikat penerbangan, anda hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Pengangkutan setiap syarikat penerbangan tersebut.

4.2 Bayi: Bayaran untuk bayi berumur antara sembilan (9) hari hingga kurang daripada dua (2) tahun atau dua puluh empat bulan (24 bulan) (pada tarikh perjalanan untuk penerbangan keluar yang pertama) dipaparkan dalam Jadual Bayaran. Seorang bayi boleh menaiki pesawat dengan syarat dia duduk di atas riba seorang dewasa. Hanya seorang (1) bayi dibenarkan terbang dengan seorang (1) dewasa. Kereta sorong bayi tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat. Bilangan bayi adalah dihadkan untuk setiap penerbangan disebabkan oleh peraturan keselamatan.

4.3 Cukai Kerajaan, Caj dan Surcaj Insurans: Apa-apa cukai kerajaan, caj atau surcaj insurans yang dikenakan kepada perjalanan udara oleh Kerajaan, pihak berkuasa yang berkenaan atau pengendali lapangan terbang berkaitan dengan penggunaan sebarang perkhidmatan atau kemudahan kami adalah sebagai penambahan kepada tambang kami, bayaran pentadbiran dan caj yang perlu anda tanggung, kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus. Cukai kerajaan, caj dan surcaj insurans tersebut boleh berubah dari semasa ke semasa dan boleh dikenakan walaupun selepas tarikh pengesahan tempahan anda. Walau bagaimanapun, anda hendaklah menanggung cukai kerajaan, caj dan surcaj insurans tersebut dan perlu dibayar sebelum perlepasan. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk jumlah cukai, caj dan Surcaj Insurans.

Kami akan membayar balik cukai lapangan terbang sahaja. Cukai lapangan terbang hanya akan dibayar balik jika pemohonan dibuat secara bertulis dalam masa 6 bulan selepas tarikh perjalanan, dan akan dikenakan yuran pemprosesan bayaran balik, jika berkenaan.

4.4 Mata wang: Tambang dan caj perlu dibayar menggunakan mata wang yang ditetapkan dalam senarai tambang kami yang diumumkan kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus.

4.5 Ketepatan: Semua tambang, harga, jadual penerbangan, laluan yang diumumkan, produk dan perkhidmatan tempahan awal adalah betul pada masa penerbitan dan tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.

4.6 Tambang Terpakai: Tambang terpakai adalah tambang yang telah diumumkan oleh atau bagi pihak kami, sama ada secara elektronik atau menggunakan medium lain. Tambang mungkin tidak termasuk bayaran pentadbiran, caj perkhidmatan dan caj lain kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus.

Penempahan Tempat Duduk

5.1 Pengesahan Tempahan: Penempahan Tempat Duduk adalah disahkan selepas pembayaran penuh tambang telah dibuat dan selepas kami mengeluarkan nombor tempahan dan/atau Jadual Perjalanan kepada anda. Apabila telah disahkan, bayaran yang dibuat tidak boleh dikembalikan.

5.2 Tempahan Berkumpulan: Ini tertakluk kepada terma tertentu yang berubah dari semasa ke semasa. Sila hubungi kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

5.3 Penukaran Penerbangan: Setelah nombor tempahan dikeluarkan, penukaran penerbangan adalah tertakluk pada terma berikut: Dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan, sebarang perubahan yang dibuat oleh Penumpang adalah tidak dibenarkan. Caj untuk penukaran penerbangan yang dilakukan di luar tempoh empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan adalah dinyatakan dalam Jadual Bayaran, yang terdapat di laman web Pengangkut dan “Maklumat Penerbangan” tertakluk pada syarat-syarat berikut

  • jika terdapat tambang yang lebih murah, perbezaan tambang tidak akan dibayar balik kepada penumpang;
  • jika penerbangan baharu yang ditempah itu adalah dalam kelas tambang yang lebih tinggi daripada kelas penerbangan yang dibatalkan, perbezaan tambang itu hendaklah dibayar oleh penumpang sebelum pembatalan atau penukaran tersebut boleh diteruskan;
  • penukaran tersebut tidak disahkan sehinggalah kami mengeluarkan Jadual Perjalanan dan/atau nombor tempahan baharu kepada anda.
  • penukaran laluan adalah tidak dibenarkan.

5.4 Tambang Promosi: Artikel 5.3 berkenaan dengan peraturan Penukaran Penerbangan tidak boleh diguna pakai untuk tambang promosi terpilih yang tertentu.

5.5 Penukaran Nama: Setelah nombor tempahan dikeluarkan, anda tidak dibenarkan untuk menukar nama penumpang dalam tempahan yang disahkan dengan nama penumpang lain.

5.6 Pembayaran: Tambang mestilah dibayar sepenuhnya apabila tempahan dibuat. Sekiranya tambang belum dibayar sepenuhnya atas apa jua sebab, kami berhak untuk membatalkan tempahan itu sebelum daftar masuk dan/atau tidak membenarkan anda menaiki pesawat.

5.7 Data Peribadi: Dengan ini anda mengakui dan bersetuju bahawa data peribadi anda yang telah diberikan kepada kami bagi tujuan membuat tempahan untuk pengangkutan dan menyediakan pengesahan tempahan tersebut untuk anda, membangunkan perkhidmatan dan kemudahan sampingan, mempermudahkan prosedur imigresen dan kemasukan, perakaunan, pengebilan dan pengauditan, menyemak kad kredit atau kad bayaran yang lain, untuk tujuan keselamatan, pentadbiran dan undang-undang, pengeluaran kad kredit, pengujian, penyelenggaraan dan pembangunan sistem, analisis statistik dan membantu kami dalam segala urusan dengan anda pada masa akan datang.

5.8 Tempat Duduk: Kami tidak memberi jaminan akan menyediakan tempat duduk khusus di dalam pesawat dan anda bersetuju untuk menerima sebarang tempat duduk yang diperuntukkan atau disediakan dengan cara yang lain dalam penerbangan tersebut. Tempat duduk anda akan diperuntukkan semasa daftar masuk. Kami berhak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk setelah menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas sebab operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, kesihatan atau perlindungan.

5.8.1 Permintaan awal tempat duduk (ASR): Anda perlu membuat bayaran untuk permintaan awal tempat duduk (ASR) sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan, tertakluk pada ketersediaan sahaja. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk bayaran ASR. Apabila ASR telah dibeli, kami berhak memperuntukkan atau mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, walaupun selepas menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas sebab operasi, keselamatan atau perlindungan. Kami tidak menjamin sebarang pengaturan semula tempat duduk khusus, sama ada untuk tempat duduk tepi laluan, tingkap, baris keluar atau jenis tempat duduk yang lain. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha sewajarnya untuk mematuhi pengaturan tempat duduk berbayar. Penumpang tidak dibenarkan untuk menukar tempat duduk kepada nilai yang lebih tinggi semasa di dalam pesawat.

5.8.2 Sekiranya pada bila-bila masa setelah pembelian ASR berjaya dan jadual kami telah diubah, dibatalkan, ditangguhkan atau digabungkan yang menurut pertimbangan wajar kami disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalan kami atau atas sebab-sebab komersial atau keselamatan, kami boleh mengikut pilihan kami, sama ada:

  • menempatkan anda dengan ASR yang sama dalam penerbangan yang tersedia berikutnya; atau
  • menempatkan anda dengan ASR pada nilai setara dalam penerbangan yang tersedia berikutnya; atau
  • menempatkan anda secara rambang di mana-mana tempat duduk dalam penerbangan yang tersedia berikutnya, yang dengan itu pihak kami akan membayar balik harga ASR kepada anda.

Pilihan-pilihan yang digariskan dalam Artikel 5.8.2 ini adalah remedi tunggal dan eksklusif yang tersedia untuk anda dan selepas itu kami tidak lagi mempunyai liabiliti terhadap anda dalam hal ini.

5.9.1 Produk dalam penerbangan: Penyediaan produk, perkhidmatan atau program yang diiklankan dalam penerbangan adalah tertakluk kepada ketersediaan. Produk atau perkhidmatan dalam penerbangan tidak boleh dipulangkan atau dipindah milik setelah dibeli. Kami tidak menerima apa-apa tempahan atau perubahan kepada produk atau perkhidmatan dalam penerbangan dalam masa 24 jam dari waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Kami berhak untuk meminda/mengubah harga atau menggantikan apa-apa komponen produk atau perkhidmatan dalam penerbangan tanpa notis terlebih dahulu. Pas masuk ialah bukti pembelian produk atau perkhidmatan dalam penerbangan yang ditempah awal, dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk menuntut produk atau perkhidmatan pratempah tersebut. Semua harga dan/atau penjimatan yang dinyatakan untuk produk atau perkhidmatan dalam penerbangan anda adalah sah pada waktu tempahan.

5.9.2 Hidangan: Pilihan hidangan adalah tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang, hasil tenusu dan/atau gluten. Kami tidak menerima sebarang tempahan atau penukaran kepada pilihan hidangan anda dalam masa 24 jam dari waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Kami berhak, tanpa notis terlebih dahulu, untuk meminda/mengubah harga hidangan pratempah, menggantikan sebarang komponen hidangan pratempah dengan hidangan yang sama nilai tertakluk pada ketersediaan dan/atau kesesuaian pesawat. Pas masuk adalah bukti pembelian hidangan pratempah anda dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk menuntut hidangan pratempah anda. Semua harga dan/atau penjimatan yang didapati daripada hidangan pratempah anda adalah betul pada masa tempahan.

5.9.2.1 Purchase of Prebooked Meals: The boarding pass is proof of purchase of your pre-booked meal and must be presented to the cabin crew onboard to redeem your pre-booked meal. We do not guarantee the availability of your prebooked meals but we will use our best effort to honour your purchases. In cases of delay, cancellation and/or rescheduling of your flight, we reserve the right, without prior notice, to substitute any component of your prebooked meals with an item of similar value subject to availability and/or aircraft suitability.

5.10 Insurans Perjalanan: Oleh kerana liabiliti kami terhadap anda adalah terhad, kami mengesyorkan supaya anda membeli insurans perjalanan untuk melindungi:

  • perubahan dalam rancangan perjalanan dan pembatalan perjalanan
  • kehilangan, kelewatan atau kerosakan pada Bagasi dan/atau pemilikan peribadi
  • kos perubatan tertanggung termasuk caj yang dikenakan oleh paramedik dalam kes kecemasan di port pelepasan dan ketibaan

Daftar Masuk dan Keperluan Pengangkutan yang Lain

6.1.1 Daftar Masuk, Waktu Akhir dan Syarat: Kaunter daftar masuk kami dibuka tiga (3) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk penerbangan Antarabangsa dan dua (2) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk penerbangan Domestik. Kaunter tersebut ditutup enam puluh (60) minit sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk penerbangan Antarabangsa dan empat puluh lima (45) minit sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk penerbangan Domestik*. Waktu akhir daftar masuk mungkin berbeza di lapangan terbang yang berlainan dan bagi penerbangan yang tertentu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anda mematuhi waktu akhir ini yang mana butirannya boleh didapati semasa anda membuat penempahan. Walau bagaimanapun, tanpa menyimpang daripada keumuman peruntukan lain dalam Terma & Syarat ini yang mengawal hak penolakan pengangkutan, kami berhak untuk tidak membenarkan anda mendaftar masuk tanpa sebarang liabiliti dan tanpa perlu membayar balik kepada anda sebarang tambang yang telah dibayar:

  • jika anda cuba mendaftar masuk dalam masa enam puluh (60) minit sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk penerbangan Antarabangsa dan empat puluh lima (45) minit sebelum waktu perlepasan penerbangan anda yang dijadualkan untuk penerbangan Domestik*;
  • jika anda gagal untuk membawa pengenalan diri yang berkenaan atau gagal untuk memperkenalkan diri anda kepada kakitangan kami;
  • jika anda gagal untuk membawa dokumen yang lengkap (dokumen perjalanan yang rosak tidak akan diterima sebagai dokumen yang sah), permit, visa, syarat kemasukan dan dokumen berkenaan yang diperlukan untuk perjalanan ke sesuatu tempat atau negara tertentu;
  • jika anda belum membayar sepenuhnya tambang atau bayaran atau caj lain yang perlu dibayar kepada kami;
  • jika anda telah bertindak ganas terhadap kakitangan kami atau menyebabkan gangguan di kaunter kami atau telah mendera atau menakut-nakutkan kakitangan kami sama ada secara fizikal atau secara lisan;
  • jika Kerajaan atau pihak berkuasa lain melarang anda daripada mendaftar masuk atau menaiki pesawat;
  • jika menurut pertimbangan kami, anda tidak layak untuk meneruskan perjalanan disebabkan mabuk atau sebarang keadaan fizikal atau perubatan yang ketara teruknya; dan/atau
  • jika menurut pertimbangan kami, anda bermasalah dari segi perubatan untuk membuat perjalanan atau keadaan perubatan anda akan atau boleh menimbulkan bahaya atau ancaman kepada kesihatan penumpang lain.
*Jika anda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), anda dinasihatkan untuk melengkapkan proses pendaftaran masuk sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) minit sebelum masa penerbangan yang dijadualkan atau anda mungkin tiba lewat di balai berlepas dan tidak dapat menaiki penerbangan pada waktunya.

6.1.2 Daftar Masuk Sendiri: Kami menawarkan kemudahan daftar masuk sendiri. Kemudahan ini tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pembatasan terhadap perubahan selepas daftar masuk yang boleh dilihat di laman web kami di bahagian Daftar Masuk Sendiri.

6.1.3 Ketiadaan Tempat Duduk: Terdapat kemungkinan bahawa tempat duduk tidak tersedia untuk anda dalam penerbangan walaupun tempahan anda telah disahkan. Ini adalah kerana tempahan berlebihan merupakan amalan lazim dalam industri penerbangan. Sekiranya berlaku ketiadaan tempat duduk, kami boleh mengikut pilihan kami sama ada:

  • membawa anda seawal mungkin menaiki penerbangan kami yang lain yang telah dijadualkan sekiranya terdapat kekosongan tanpa caj tambahan dan, jika perlu, menambah tempoh kesahan tempahan anda; atau
  • sekiranya anda memilih untuk membuat perjalanan pada masa lain, mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit anda untuk perjalanan pada masa akan datang dengan syarat anda mesti menempah semula dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tersebut.

6.1.4 Remedi tunggal Pilihan yang digariskan dalam Artikel 6.1.3 merupakan remedi tunggal dan eksklusif yang tersedia untuk anda dan kami tidak lagi mempunyai liabiliti terhadap anda.

6.2.1 Menaiki pesawat Anda mesti berada di pintu masuk pesawat sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan. Pintu akan ditutup dua puluh (20) minit sebelum perlepasan. Jika anda tiba di pintu masuk pesawat melepasi masa tersebut, anda tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan.

6.2.2 Tempat Duduk Premium Penumpang yang telah membeli Tempat Duduk Popular melalui khidmat ASR kami akan diberi keutamaan semasa beratur untuk menaiki pesawat yang membolehkan mereka mendahului penumpang lain. Apabila kemasukan biasa dimulakan, Penumpang yang telah membeli Tempat Duduk Popular kami hendaklah menyertai barisan tersebut.

6.3 Ketidakhadiran Anda perlu hadir untuk mendaftar masuk tepat pada masanya dan berada di pintu masuk pesawat tidak lewat dari masa yang ditetapkan ketika daftar masuk. Jika anda gagal mendaftar masuk pada waktunya atau gagal menaiki pesawat sebelum ia berlepas, tambang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan kepada anda atas apa sebab sekalipun.

6.4 Pematuhan Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan dan kehendak negara perlepasan, negara destinasi atau negara transit serta dengan Terma & Syarat kami, notis dan arahan yang kami berikan yang berkaitan dengannya. Kami tidak bertanggungjawab kepada anda dalam apa jua keadaan yang berkaitan dengan usaha bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan atau bagi mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, kehendak atau arahan tersebut, sama ada diberi secara lisan atau bertulis atau cara lain, atau bagi akibat yang terjadi disebabkan oleh kegagalan anda untuk mendapatkan dokumen tersebut atau untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, kehendak atau arahan tersebut.

6.5 Dokumen Perjalanan Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan dan mesti memiliki dan membawa untuk ditunjukkan seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan semua dokumen kemasukan dan keluaran, dokumen kesihatan serta dokumen lain yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau kehendak negara perlepasan, destinasi atau transit. Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mempunyai halaman yang mencukupi dalam dokumen perjalanan anda bagi memenuhi keperluan kemasukan destinasi. Kami berhak untuk menolak pengangkutan mana-mana Penumpang yang tidak mematuhi, atau yang dokumennya didapati tidak mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau kehendak yang terpakai tersebut.

6.6 Laluan Antarabangsa Semua penumpang yang membuat perjalanan ke laluan antarabangsa mesti mempunyai pasport yang sah dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh perjalanan serta visa sah yang berkenaan. Penumpang tersebut hendaklah memiliki tiket pergi balik untuk penerbangan seterusnya. Jika anda telah membeli produk FLY-THRU kami, anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan anda mematuhi syarat kemasukan ke destinasi terakhir anda.

6.7 Penolakan Kemasukan: Anda bersetuju untuk membayar tambang dan/atau penalti atau denda yang berkenaan apabila kami, menurut arahan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa imigresen, dikehendaki menghantar anda pulang ke lapangan terbang permulaan atau tempat lain, disebabkan anda tidak diterima masuk ke sesebuah negara, sama ada negara transit atau destinasi. Dalam keadaan tersebut, kami tidak akan membayar balik tambang kepada anda.

6.8 Penumpang Bertanggungjawab terhadap Denda, Kos Perubatan, dsb.: Sekiranya kami dikehendaki untuk membayar atau mendepositkan apa-apa denda atau penalti atau untuk menanggung apa-apa perbelanjaan disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau keperluan perjalanan lain di negara perlepasan, destinasi atau transit, atau untuk menunjukkan dokumen yang dikehendaki, untuk memberi apa-apa penjagaan perubatan termasuk perkhidmatan paramedik jika berlaku kecemasan di lapangan pelepasan dan ketibaan, anda hendaklah membayar balik kepada kami apa-apa jumlah yang dibayar atau perbelanjaan yang ditanggung sedemikian rupa atau yang perlu dibayar apabila diminta berbuat demikian. Kami boleh menggunakan apa-apa nilai perbelanjaan pengangkutan yang tidak anda gunakan, atau apa-apa dana yang perlu dibayar kepada anda dalam simpanan kami untuk membiayai bayaran atau perbelanjaan tersebut.

6.9 Pemeriksaan Keselamatan: Anda hendaklah menjalani apa-apa pemeriksaan keselamatan atau kesihatan yang dikendalikan oleh Kerajaan atau pegawai lapangan terbang atau kami sendiri.

6.10 Barangan yang Dikeluarkan daripada Penumpang oleh Kakitangan Keselamatan Lapangan Terbang: Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap, atau mempunyai liabiliti berkenaan dengan, barangan yang dikeluarkan daripada anda atau Bagasi anda oleh kakitangan keselamatan lapangan terbang yang bertindak menurut peraturan antarabangsa atau kerajaan, sama ada mana-mana barangan tersebut kemudiannya disimpan atau dimusnahkan atau diserahkan kepada kami oleh kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut.

Penolakan dan Pembatasan Pengangkutan

7.1 Hak untuk menolak pengangkutan: Kami boleh menolak pengangkutan anda atau bagasi anda atas sebab-sebab keselamatan atau jika, menurut budi bicara wajar kami, kami menentukan bahawa:

  • tindakan tersebut adalah perlu atas sebab-sebab keselamatan atau perlindungan;
  • tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah yang terpakai di mana-mana negeri atau negara perlepasan, destinasi atau transit;
  • kelakuan, status, umur atau keadaan mental atau fizikal anda atau keadaan fizikal bagasi anda adalah sedemikian rupa:
    1. sehingga menyebabkan kebimbangan yang munasabah akan berlaku bahaya kepada penumpang lain atau anak kapal kami; atau
    2. sehinggakan anda boleh menimbulkan bahaya atau risiko kepada anda sendiri, orang lain atau harta benda;
  • anda telah melakukan salah laku dalam penerbangan sebelum ini dan terdapat kemungkinan yang munasabah bahawa kelakuan tersebut akan diulang;
  • anda tidak mematuhi, atau berkemungkinan gagal untuk mematuhi arahan kami;
  • anda enggan menjalani pemeriksaan keselamatan;
  • tambang yang dikenakan atau apa-apa caj atau cukai yang perlu dibayar belum dijelaskan;
  • pembayaran tambang anda adalah palsu;
  • anda tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya untuk perjalanan;
  • penempahan Tempat Duduk kami dibuat secara penipuan atau menyalahi undang-undang atau telah dibeli daripada seseorang yang tidak diberi kuasa oleh kami;
  • kad kredit yang anda gunakan untuk membayar tambang telah dilaporkan hilang atau dicuri;
  • Jadual Perjalanan atau tempahan atau Tiket Elektronik adalah palsu atau diperoleh secara penipuan;
  • terdapat pihak imigresen, kastam dan/atau pihak berkuasa kerajaan yang memaklumkan kami mengenai sekatan yang mana anda tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan (sama ada secara lisan atau bertulis) atau bahawa kami dilarang daripada menerima anda menyertai penerbangan kami kerana disyaki dan/atau terdapat niat untuk melakukan sesuatu kesalahan jenayah;
  • orang yang mendaftar masuk atau menaiki pesawat gagal untuk membuktikan bahawa dia adalah orang yang dinamakan sebagai penumpang dalam Jadual Perjalanan (kami berhak untuk menyimpan Jadual Perjalanan tersebut dalam keadaan ini); dan/atau
  • bagi tempahan a FLY-THRU, anda tidak membuat perjalanan mengikut peruntukan dalam Artikel 4.1.1

7.2 Kanak-kanak Tanpa Pengiring: Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak akan diterima untuk penerbangan melainkan jika mereka diiringi oleh individu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

7.3 Penumpang kurang upaya/bermasalah dari segi perubatan: Penumpang dengan keperluan khusus yang memerlukan bantuan khas dan penumpang dengan keadaan perubatan/penyakit termasuk mereka yang mungkin memerlukan penggunaan atau membawa ubat/ picagari menaiki pesawat diminta untuk menghubungi kami melalui bual web langsung atau pusat panggilan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk membuat pengaturan terlebih dahulu untuk jenis bantuan khas yang diperlukan.

7.3.1 Kerusi roda/alat bantu pergerakan: Kami menerima kerusi roda/alat bantu pergerakan (termasuk kerusi roda/alat bantu pergerakan berkuasa bateri) dalam penerbangan kami, tertakluk pada Artikel 8.5 di bawah. Kami telah menyediakan maklumat lanjut mengenai bagaimana kerusi roda/alat bantu pergerakan anda akan diangkut di Laman web kami.
Penumpang yang memerlukan perkhidmatan kerusi roda perlu menempahnya terlebih dahulu semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui Urus Tempahan Saya sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Kegagalan untuk memaklumkan kami akan menyebabkan sebarang bantuan khas atau perkhidmatan kerusi roda tidak tersedia sewaktu ketibaan anda di lapangan terbang dan anda mungkin tidak dibenarkan menaiki pesawat. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, penumpang dengan keperluan khas hendaklah mendaftar masuk di lapangan terbang.

7.3.2 Perjalanan bersama teman: Kami boleh meminta anda untuk membuat perjalanan bersama seorang teman sekiranya:

  • ia penting untuk keselamatan di bawah peraturan kerajaan yang terpakai;
  • penumpang itu tidak boleh membantu pemindahan diri sendiri dari pesawat disebabkan batasan pergerakan;
  • penumpang itu tidak boleh memahami atau bertindak balas dengan sesuai kepada arahan-arahan keselamatan disebabkan oleh kecacatan mental; atau
  • penumpang itu mempunyai kecacatan pendengaran dan penglihatan yang teruk dan penumpang tidak boleh berkomunikasi dengan anak-anak kapal secara mencukupi untuk membenarkan penghantaran taklimat keselamatan yang diperlukan.

Teman itu mestilah:

  • mampu menyediakan penumpang dengan bantuan dari segi mental dan fizikal dalam pesawat untuk memahami dan bertindak balas dengan sewajarnya kepada arahan keselamatan daripada anak-anak kapal dan membantu mereka untuk keluar dari pesawat sekiranya berlaku kecemasan; dan
  • boleh berdikari.

7.3.3 Susunan Tempat Duduk: Kami akan membuat penyesuaian tempat duduk yang sewajarnya untuk penumpang kurang upaya atau dengan keperluan tertentu menurut undang-undang yang berkenaan. Kami berhak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk selepas menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas sebab-sebab operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, dan kesihatan atau perlindungan. Ini mungkin perlu atas sebab operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, kesihatan atau perlindungan.

7.3.4 Sijil perubatan dan Penyata Liabiliti Terhad: Melainkan ditentukan oleh kami, penumpang dengan keadaan perubatan/penyakit perlu memberikan sijil pefrubatan yang sah*bertarikh tidak lebih daripada sepuluh (10) hari sebelum tarikh penerbangan untuk mengesahkan bahawa Penumpang sihat untuk membuat perjalanan.

*Penumpang dalam penerbangan ke/dari Amerika Syarikat hanya akan dikehendaki mengemukakan sijil perubatan yang sah bertarikh tidak lebih daripada 10 hari sebelum tarikh perjalanan dengan keadaan perubatan/penyakit berikut:
  • Penumpang yang mana keadaan perubatan mempunyai keraguan yang munasabah bahawa individu itu boleh melengkapkan penerbangan dengan selamat, tanpa memerlukan bantuan perubatan yang luar biasa semasa penerbangan; atau
  • Penumpang yang mempunyai penyakit berjangkit atau keadaan yang boleh tersebar kepada Penumpang lain dalam kabin dalam penerbangan itu dan yang menimbulkan ancaman langsung (ini termasuk: cacar air, campak, beguk, rubela, batuk kering dan batuk kokol) dan sijil perubatan mesti mengesahkan bahawa penyakit berjangkit atau keadaan tidak boleh berjangkit kepada Penumpang lain dalam persekitaran kabin.

Melainkan jika ditentukan oleh kami dan kecuali penerbangan ke/dari Amerika Syarikat, penumpang dengan keadaan perubatan/penyakit dikehendaki menandatangani Penyata Liabiliti Terhad semasa daftar masuk mengesahkan bahawa mereka layak untuk membuat perjalanan.

7.3.5 Haiwan perkhidmatan: Haiwan perkhidmatan tidak akan diterima untuk pengangkutan.

7.4 Penumpang Hamil: Adalah menjadi kewajipan penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka semasa penempahan Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk.

  • Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad Thai AirAsia X semasa mendaftar masuk untuk membebaskan AirAsia daripada sebarang liabiliti yang timbul daripadanya.
  • Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
    1. Tetamu mesti menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan.
    2. Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
    3. Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad Thai AirAsia X semasa mendaftar masuk untuk membebaskan Thai AirAsia X daripada sebarang liabiliti yang timbul daripadanya.
  • Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu:Pengangkutan melalui penerbangan Thai AirAsia X tidak dibenarkan.

7.5 Bayi berumur 8 hari dan/atau ke bawah: Kami berhak untuk menolak pengangkutan bayi berumur lapan (8) hari atau ke bawah. Kami boleh, menurut budi bicara mutlak kami, memutuskan untuk membawa bayi tersebut dalam penerbangan kami apabila pengangkutan itu dibenarkan dengan jelas secara bertulis oleh pengamal perubatan dan apabila ibu bapa bayi itu menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.

Bagasi

8.1 Barangan yang Tidak Diterima sebagai Bagasi atau untuk Dibawa Dalam Bagasi: Kami berhak untuk menolak pengangkutan bagasi atau barangan yang dijumpai dalam bagasi seperti berikut:

  • Barangan yang tidak dimasukkan dengan kemas ke dalam beg pakaian atau bekas lain yang sesuai untuk memastikan pengangkutan yang selamat dengan penjagaan dan pengendalian biasa;
  • Barang-barang yang berkemungkinan boleh membahayakan pesawat atau orang-orang atau harta benda di dalamnya dan/atau didefinisikan sebagai barang-barang berbahaya di bawah Peraturan Barang-Barang Berbahaya oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), atau Terma & Syarat kami serta Syarat-Syarat Kontrak.
  • Barangan yang pengangkutannya adalah dilarang oleh undang-undang, peraturan atau arahan yang dipakai oleh mana-mana negeri atau negara perlepasan, destinasi atau transit;
  • Barangan yang pada pendapat wajar kami tidak sesuai untuk diangkut disebabkan oleh berat, bentuk, saiz atau ciri-cirinya;
  • Barangan mudah pecah atau mudah rosak;
  • Binatang hidup atau mati;
  • Tinggalan rangka manusia atau binatang;
  • Makanan laut yang segar atau dibekukan atau daging lain dengan syarat barangan tersebut boleh dibawa ke dalam pesawat sebagai bagasi bimbit hanya jika kami berpuas hati bahawa ia telah dibungkus dengan rapi. Hanya bekas polistirena dan/atau penyejuk yang mengandungi makanan kering/tidak mudah rosak dibenarkan untuk didaftar masuk selepas pemeriksaan kandungan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sekiranya penumpang enggan menjalani pemeriksaan, kami berhak untuk menolak kemasukan bagasi itu;
  • Senjata api dan amunisi;
  • Bahan letupan, gas mudah bakar atau tidak mudah bakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian pemetik api), gas yang disejukkan (seperti silinder akualung terisi, nitrogen cecair), cecair mudah bakar (seperti cat, pencair, pelarut), pepejal mudah bakar (seperti mancis, pemetik api), peroksida organik (seperti resin), racun, bahan berjangkit (seperti virus, bakteria), bahan radioaktif (seperti radium), bahan kakis (seperti asid, alkali, merkuri, termometer), bahan bermagnet, bahan pengoksidaan (seperti peluntur), rokok elektronik.
  • Senjata seperti senjata api antik, pedang, pisau atau barang seumpamanya dengan syarat bahawa barang sedemikian bolehlah dibenarkan sebagai bagasi  sebagai bagasi berdaftar atas budi bicara mutlak kami atas sebab-sebab yang sangat istimewa. Barang-barang ini tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat walau apa jua alasannya.

8.2 Barangan Berharga dan Mudah Pecah: Penumpang dinasihatkan agar tidak mendaftar masuk barangan sedemikian sebagai bagasi. Jika ia didaftar masuk sebagai bagasi, penumpang bersetuju bahawa pengangkutan barangan itu dibuat atas risiko mereka sendiri. Barangan tersebut termasuklah wang, barang kemas, logam berharga, barang-barang perak, peranti elektronik, komputer, kamera, peralatan video, dokumen boleh niaga, sekuriti atau barangan berharga lain, pasport dan dokumen pengenalan lain, surat ikatan hak milik, artifak, manuskrip dan yang seumpamanya.

8.3 Hak untuk Menggeledah: Atas sebab-sebab keselamatan dan perlindungan, kami boleh meminta anda menjalani pemeriksaan, imbasan x-ray atau jenis imbasan yang lain terhadap diri anda atau Bagasi anda. Kami berhak untuk menggeledah Bagasi anda tanpa kehadiran anda sekiranya anda tidak dapat dihubungi bagi tujuan untuk menentukan sama ada anda memiliki atau Bagasi anda mengandungi sebarang objek yang tidak boleh diterima atau terlarang. Jika anda enggan mematuhi pemeriksaan atau imbasan tersebut, kami berhak untuk menolak pengangkutan anda dan/atau Bagasi anda tanpa bayaran balik tambang kepada anda dan tanpa menanggung sebarang liabiliti lain terhadap anda. Sekiranya pemeriksaan atau imbasan tersebut menyebabkan kecederaan kepada anda dan/atau kerosakan kepada Bagasi anda, kami tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan atau kerosakan tersebut melainkan jika ia berlaku disebabkan oleh kesalahan atau kecuaian melampau kami. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan pada mangga yang disebabkan oleh pemeriksaan pihak kastam atau pihak keselamatan di kedua-dua lapangan terbang ketibaan atau lapangan terbang perlepasan.

8.4 Penjagaan dan pengangkutan Bagasi Berdaftar: Sebaik sahaja Bagasi yang hendak didaftarkan itu diserahkan kepada kami, kami seterusnya akan menjaga Bagasi tersebut dan mengeluarkan Teg Pengenalan Bagasi untuk setiap Bagasi Berdaftar. Bagasi Berdaftar mestilah mempunyai nama anda atau pengenalan diri lain yang dilekatkan dengan kukuh padanya. Bagasi Berdaftar akan dibawa di dalam pesawat yang sama dengan pesawat yang anda naiki kecuali jika kami memutuskan untuk membawanya dengan menggunakan penerbangan alternatif atas sebab-sebab keselamatan, perlindungan atau operasi. Jika Bagasi Berdaftar anda diangkut dalam penerbangan kemudian, kami akan menghantar bagasi itu kepada anda dalam jangka masa yang berpatutan selepas ketibaan penerbangan itu kecuali jika undang-undang terpakai menghendaki anda hadir untuk pelepasan kastam.

8.5 Bayaran dan had Berat Bagasi Berdaftar: Bayaran bagasi dikenakan untuk pengangkutan Bagasi Berdaftar, yang akan dikenakan pada kadar diskaun jika dibeli sewaktu penempahan atau selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan atau pada kadar penuh di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang. Berat minimum Bagasi Berdaftar 15 kg untuk penerbangan domestik dan 20 kg untuk penerbangan antarabangsa boleh dibeli terdahulu. Mana-mana penumpang yang mendaftar masuk bagasi yang melebihi jumlah berat yang dibelikan sewaktu penempahan akan dikenakan bayaran bagi setiap kg yang berlebihan di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk butiran mengenai semua kadar bayaran. Bayaran tersebut tidak boleh dikembalikan atau dipindah milik.

Kereta sorong bayi, kerusi roda manual, peranti mobiliti* dan alat bantu jalan boleh dibawa secara percuma dengan syarat barang-barang ini digunakan oleh penumpang dalam perjalanan.

*Berat maksimum yang dibenarkan untuk kereta roda berkuasa bateri atau alat bantu pergerakan adalah 85 kg.

Tiada peruntukan bagasi untuk bayi, namun kereta sorong bayi akan diangkut secara percuma. Penumpang tidak boleh menggunakan peruntukan Bagasi Berdaftar penumpang lain yang tidak digunakan, melainkan jika mereka membuat perjalanan menggunakan Jadual Perjalanan yang sama. Penumpang yang mempunyai jadual perjalanan yang sama semasa membuat tempahan tetapi tidak terbang bersama tidak boleh memindahkan peruntukan berat Bagasi Berdaftar yang tidak digunakan kepada penumpang lain dalam Jadual Perjalanan yang sama. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, Pengangkut tidak akan menerima sebarang objek individu yang melebihi 32 kg dan/atau dengan kombinasi dimensi yang melebihi 81 cm tinggi, 119 cm lebar dan 119 cm panjang. Had berat ini tidak dikenakan untuk peralatan bantuan pergerakan*.

Peralatan sukan boleh diangkut di dalam tempat simpanan pesawat selepas membuat bayaran yang ditetapkan dalam Jadual Bayaran dan atas risiko anda sendiri. Oleh hal yang demikian, anda dinasihatkan untuk membeli insurans yang berkenaan untuk barangan tersebut. Alat muzik yang melebihi dimensi bagasi kabin boleh dibawa ke dalam kabin, dengan syarat ia tidak melebihi 75kg dan tempat duduk untuk meletakkannya telah dibeli dan tambang yang berkenaan telah dibayar. Tiada peruntukan bagasi untuk pembelian tempat duduk tambahan tersebut.

*Walau apa pun yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu untuk peranti/peralatan pergerakan anda untuk dihantar oleh pengangkut/kargo secara berasingan jika peranti/peralatan pergerakan anda tidak muat untuk dimasukkan ke dalam kargo pesawat (Dimensi pintu kargo: 140 cm (panjang) x 140 cm (lebar) x 100cm (tinggi)), atau tidak boleh dibawa ke dalam pesawat kami disebabkan oleh apa-apa sebab kesihatan pekerjaan, keselamatan dan/atau peraturan tempatan.

8.5.1 FLY-THRU:

  • Kami akan mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan kelewatan ketika membawa anda dan bagasi anda.
  • Bayaran bagasi lebihan dan/atau bayaran lain yang berkaitan mesti dibayar untuk kedua-dua sektor di tempat permulaan.

8.6 Bagasi Tidak Berdaftar: Semua penumpang (kecuali bayi) dibenarkan membawa dua (2) buah Bagasi Tidak Berdaftar ke dalam pesawat selaras Syarat Pengangkutan yang ditakrifkan dalam artikel ini.

Bagasi Tidak Berdaftar tersebut boleh terdiri daripada kombinasi mana-mana dua (2) buah bagasi berikut:: Satu (1) bagasi kabin atau satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil.

Satu (1) Bagasi Kabin:
- MESTILAH TIDAK melebihi dimensi 56 cm (T) X 36 cm (L) X 23 cm (D).
- MESTILAH MUAT diletakkan di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas di dalam kabin pesawat.

Satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil:
- MESTILAH TIDAK melebihi dimensi 40 cm (T) X 30 cm (L) X 10 cm (D).
- MESTILAH MUAT diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda.

Jumlah berat yang dibenarkan untuk dua (2) buah bagasi tersebut mestilah tidak melebihi 7 kg.

Mana-mana bagasi kabin yang melebihi berat atau saiz atau yang boleh mengganggu tetamu lain tidak akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam pesawat dan tetamu dinasihatkan untuk mendaftarkan barangan sedemikian sebagai Bagasi Berdaftar di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang menurut Artikel 8.5, dan jika gagal berbuat demikian, kami berhak mendaftarkan ‘Bagasi’ sedemikian sebagai Bagasi Berdaftar semasa anda menaiki pesawat, tertakluk pada bayaran bagasi pintu masuk pesawat yang perlu dibayar di pintu masuk (sila rujuk Jadual Bayaran kami).

Tertakluk pada undang-undang dan peraturan tempatan yang diguna pakai secara meluas, penumpang boleh membawa masuk cecair yang disimpan di dalam bagasi kabin mereka ke dalam pesawat dengan syarat mereka mematuhi pembatasan berikut:

  • Cecair tersebut diisi di dalam bekas dengan isipadu maksimum 100 ml
  • Semua bekas cecair yang mematuhi syarat isipadu maksimum 100 ml setiap satu boleh dimuatkan ke dalam satu beg plastik 1 liter yang lutsinar dan boleh ditutup semula. Beg plastik tersebut hendaklah ditunjukkan secara berasingan semasa pemeriksaan keselamatan. Anda mungkin dikehendaki untuk membuang cecair yang tidak memenuhi kehendak di atas.

Tertakluk pada undang-undang dan peraturan tempatan yang diguna pakai secara meluas, penumpang tidak akan dibenarkan untuk membawa masuk sebarang serbuk tak organik seperti garam, pasir, bedak talkum dan/atau serbuk lain yang mungkin akan dihadkan dari semasa ke semasa.

Pada masa ini pihak berkuasa Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah mengehadkan sebarang serbuk tak organik yang dibawa masuk ke dalam pesawat kepada kurang daripada 350 ml/12 oz. Kandungan ini mungkin tertakluk pada pemeriksaan keselamatan tambahan, dan/atau mungkin ditahan oleh pegawai keselamatan.

8.7 Had Berat Pesawat: Jika Pengangkut berpendapat bahawa berat pesawat akan melebihi had yang dibenarkan, Pengangkut boleh membuat keputusan tentang barangan mana yang akan dibawa mengikut budi bicara mereka dan tertakluk kepada peruntukan Artikel 8.4 dalam Terma dan Syarat ini serta mana-mana undang-undang tempatan yang terpakai.

8.8 Pengambilan dan Penyerahan Bagasi: Anda hendaklah mengambil Bagasi anda sebaik sahaja ia tersedia untuk pengambilan di lokasi destinasi. Jika anda tidak mengambilnya dalam jangka masa yang sewajarnya dan bagasi tersebut perlu disimpan di premis kami, kami boleh mengenakan bayaran penyimpanan. Jika Bagasi Berdaftar tidak dituntut dalam masa satu (1) bulan dari masa ia tersedia untuk pengambilan, kami boleh membuangnya tanpa apa-apa liabiliti terhadap anda. Hanya pemegang Teg Pengenalan Bagasi yang dihantar kepada Penumpang semasa pendaftaran Bagasi yang berhak menerima penyerahan Bagasi. Jika penumpang yang menuntut Bagasi itu tidak dapat mengemukakan Teg Pengenalan Bagasi untuk mengenal pasti Bagasi tersebut, kami akan menyerahkan Bagasi itu kepada penumpang tersebut hanya apabila kami telah berpuas hati bahawa dia telah membuktikan haknya ke atas bagasi tersebut, dan jika kami menghendakinya, penumpang tersebut hendaklah menyediakan jaminan yang mencukupi untuk menanggung sebarang kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang mungkin kami tanggung akibat penyerahan tersebut. Penerimaan Bagasi oleh pemegang Teg Pengenalan Bagasi tanpa aduan semasa penyerahan merupakan bukti prima facie bahawa Bagasi tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan selaras dengan kontrak pengangkutan yang dipersetujui bersama.

8.9 Sekiranya Anda Mengambil Beg yang Salah: Sekiranya anda memungut beg yang salah atau bagasi lain dari karusel bagasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengembalikan beg atau bagasi tersebut dengan serta-merta menggunakan kos anda sendiri kepada pegawai tuntutan bagasi atau pengurus lapangan terbang di lapangan terbang tempat pengambilan bagasi tersebut. Anda juga perlu menanggung kos penghantaran yang akan kami kenakan untuk menghantar beg tersebut kepada pemilik yang hak.

Jadual, Pembatalan

9.1 Jadual, Pembatalan: Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan kelewatan semasa membawa anda dan bagasi anda. Kami akan berusaha untuk mematuhi jadual sebenar yang telah diumumkan pada tarikh perjalanan. Walau bagaimanapun, waktu yang tertera dalam jadual waktu, jadual atau tempat lain adalah tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa. Pengangkut hendaklah bertanggungjawab atas sebarang kelewatan penerbangan atau pembatalan Penumpang dan Bagasi, melainkan jika terdapat bukti bahawa Pengangkut, pekerjanya dan wakilnya telah memenuhi semua keperluan standard yang diperlukan untuk mengelakkan kerosakan atau ia berada di luar kawalan Pengangkut, pekerjanya dan wakilnya untuk melakukannya.

Bayaran Balik

10.1 Kelulusan untuk Bayaran Balik: Bayaran balik bagi Tiket, secara keseluruhan atau sebahagiannya, akan dibuat mengikut syarat-syarat yang ditakrifkan dalam Artikel 10 ini dan semua keadaan dengan undang-undang serta peraturan berkaitan yang diguna pakai.

10.2 Bayaran balik, apabila ia dibenarkan oleh Pengangkut, akan dibayar berdasarkan tambang termasuk cukai yang dibayar untuk Tiket dan ditolak caj perkhidmatan dan/atau bayaran pembatalan yang dikenakan.

10.3 Permohonan untuk bayaran balik Tiket mestilah dihantar kepada Pengangkut atau Ejen Berdaftar, seperti yang berkenaan.

10.4 *Bayaran Balik Sukarela: Sekiranya Penumpang ingin memohon bayaran balik bagi Tiket mereka atas alasan lain selain daripada yang dinyatakan dalam Artikel ini, jumlah bagi bayaran balik adalah:

  • 100% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan sekiranya permohonan dibuat tiga (3) bulan sebelum tarikh perlepasan; atau
  • 90% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan sekiranya permohonan bayaran balik dibuat dua (2) bulan sebelum tarikh perlepasan; atau
  • 80% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan sekiranya permohonan bayaran balik dibuat satu (1) bulan sebelum tarikh perlepasan; atau
  • 70% daripada jumlah yang dibayar akan dikembalikan sekiranya permohonan bayaran balik dibuat antara tiga (3) jam hingga satu (1) bulan sebelum tarikh perlepasan.
*Permohonan bayaran balik perlu dibuat secara bertulis melalui pusat panggilan, laman web, atau e-mel dan permohonan hanya boleh dibuat untuk penerbangan yang berlepas dari/tiba di/transit melalui Republik Korea.

10.5 Bayaran Balik Bukan Secara Sukarela: Jika penerbangan yang dijadualkan bagi seseorang Penumpang telah dibatalkan, ditamatkan, diubah haluan, ditundakan, dijadualkan semula atau ditangguhkan sebelum Penumpang tersebut tiba ke destinasi terakhirnya akibat daripada pembatalan penerbangan, terlepas penerbangan sambungan yang berpunca daripada Pengangkut, kelewatan penerbangan atau pengabaian yang menyebabkan penerbangan dijadualkan untuk berhenti kerana keadaan yang di luar kawalan kami atau atas sebab-sebab keselamatan atau komersial, kami boleh mengikut budi bicara kami sama ada:

  • membawa anda seawal yang mungkin dengan penerbangan Thai AirAsia X lain yang mana terdapat kekosongan tanpa dikenakan bayaran; atau
  • membayar balik nilai kredit dan memberi kredit perjalanan untuk tempahan dan pembelian sampingan pada masa depan, dengan syarat anda menebusnya dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tersebut; atau
  • membayar balik tambang penuh untuk Tiket yang tidak digunakan akibat daripada gangguan penerbangan seperti yang dinyatakan di atas yang berlaku tiga (3) jam atau lebih sebelum atau selepas waktu berlepas asal yang dijadualkan.

10.6 Pengangkut boleh enggan memberikan bayaran balik untuk Penumpang yang ditolak pengangkutan oleh Syarikat Penerbangan menurut Artikel 7.1.

10.7 Cara Bayaran Balik: Sekiranya kami membuat pembayaran balik, ia hendaklah dibuat dalam cara yang sama dengan bayaran asal yang dibuat oleh Penumpang atau orang yang membayar untuk tempahan tersebut. Kami mungkin memerlukan bukti pengenalan dan pembayaran. Bayaran balik akan dibuat dalam mata wang yang dibayar untuk Tiket tersebut.

10.8 Bayaran balik adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa di negara yang mana Tiket asalnya dibeli dan/atau peraturan yang berkuatkuasa di negara yang mana bayaran balik perlu dibayar.

Kelakuan di Dalam Pesawat

11.1 Sekiranya, menurut pendapat wajar kami, kelakuan anda di dalam pesawat boleh membahayakan pesawat atau mana-mana penumpang atau harta benda di dalamnya, ataupun boleh menghalang atau mengganggu anak-anak kapal menjalankan tugas mereka, atau gagal untuk mematuhi sebarang arahan anak kapal termasuklah tetapi tidak terhad kepada perbuatan yang berkaitan dengan merokok dalam sebarang bentuk termasuk rokok elektronik, pengambilan alkohol, penggunaan telefon bimbit, atau penggunaan sebarang perkataan yang berunsur ugutan, bahasa kesat atau hinaan terhadap anak-anak kapal, atau berkelakuan yang menyebabkan ketidakselesaan, kesulitan, kerosakan atau kecederaan kepada penumpang lain atau anak kapal, kami boleh mengambil tindakan yang difikirkan perlu termasuklah mengelak daripada mengulangi kelakuan tersebut. Anda boleh diarahkan untuk meninggalkan pesawat dan tidak dibenarkan menaiki penerbangan seterusnya di mana-mana jua dan boleh didakwa atas kesalahan yang dilakukan semasa berada di dalam pesawat berkenaan.

11.2 Sekiranya akibat kelakuan anda itu kami memutuskan, mengikut budi bicara kami sewajarnya, untuk mengubah haluan pesawat bagi menurunkan anda, maka anda hendaklah bertanggungjawab atas segala jenis kos yang terpaksa kami tanggung sebagai akibat atau yang timbul daripada pengubahan haluan tersebut.

11.3 Atas sebab-sebab keselamatan, kami boleh melarang atau mengehadkan penggunaan peralatan elektronik di dalam pesawat, termasuklah tetapi tidak terhad kepada telefon selular, komputer riba, perakam mudah alih, radio mudah alih, pemain cakera padat, permainan elektronik atau peranti pemancar, termasuk mainan kawalan radio dan walkie-talkie. Penggunaan alat bantuan pendengaran dan perentak jantung adalah dibenarkan.

11.4 Tambang kami adalah tidak termasuk dengan makanan dan minuman percuma semasa di dalam pesawat. Walau bagaimanapun, hidangan boleh ditempah lebih awal, 24 jam sebelum waktu berlepas atau anda boleh membelinya ketika di dalam pesawat. Bagi menghormati semua budaya dan agama, kami tidak membenarkan makanan luar dibawa ke dalam pesawat. Merokok dalam apa-apa bentuk termasuk rokok elektronik adalah tidak dibenarkan dalam mana-mana penerbangan kami.

Makanan yang tidak mudah rosak seperti coklat, biskut dan kerepek dibenarkan untuk disimpan di dalam bagasi kabin asalkan makanan tersebut tidak dimakan di dalam pesawat.

Makanan mudah rosak ialah makanan yang akan rosak jika disimpan dalam keadaan tertentu, seperti, apabila terdapat perubahan dalam suhu dan kelembapan. Makanan mudah rosak seperti nasi, mi dan sandwic adalah tidak dibenarkan di dalam bagasi kabin dan penumpang hendaklah membuang makanan tersebut.

Buah-buahan dibenarkan dibawa ke dalam pesawat dan ditempatkan di dalam bagasi kabin, asalkan buah-buahan tersebut dibungkus, diikat rapi serta tidak dimakan di dalam pesawat. Harap maklum bahawa durian, nangka dan buah-buahan yang berbau kuat yang dilarang dalam mana-mana penerbangan di seluruh dunia adalah tidak dibenarkan sama ada dibawa di dalam bagasi berdaftar mahupun ditempatkan di dalam bagasi kabin.

Batasan Liabiliti

12.1 Notis Konvensyen Warsaw, Montreal: Sekiranya perjalanan penumpang melibatkan destinasi terakhir atau berhenti di sebuah negara selain daripada negara perlepasan, Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal boleh diguna pakai dan dalam kebanyakan kes, Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal tersebut boleh mengehadkan liabiliti pengangkut terhadap kematian atau kecederaan diri serta kehilangan atau kerosakan bagasi yang berkaitan. Adalah menjadi tanggungjawab penumpang untuk mengetahui dan/atau membiasakan diri dengan Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal.

12.2 Notis Pembatasan Liabiliti Bagasi: Liabiliti untuk kehilangan, kelewatan atau kerosakan bagasi termasuk mana-mana bahagian bagasi yang terjulur seperti roda, kaki, tali, pemegang tarik/releskop, cangkuk hangar, kelepak longgar, zip, poket atau barangan terpasang lain adalah terhad kecuali jika nilai yang lebih tinggi diisytiharkan terlebih dahulu dan caj tambahan telah dibayar. Liabiliti untuk perjalanan domestik dan liabiliti untuk perjalanan antarabangsa berbeza mengikut undang-undang masing-masing.

12.3 Jika Konvensyen Warsaw tidak dipakai: Jika pengangkutan anda tidak tertakluk kepada peraturan liabiliti Konvensyen Warsaw, peraturan yang berikut akan dikenakan:

  • Jika pengangkutan anda tidak tertakluk kepada peraturan liabiliti Konvensyen Warsaw, peraturan yang berikut akan dikenakan:
  • Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas Kerosakan Bagasi Berdaftar atau Tidak Berdaftar melainkan jika Kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian melampau kami dan Bagasi tersebut berada dalam kawalan atau jagaan kami.
  • Kecuali dalam kes sesuatu perbuatan atau pengabaian yang dibuat dengan niat untuk menyebabkan Kerosakan atau dibuat secara melulu serta dengan pengetahuan bahawa Kerosakan mungkin berlaku, liabiliti kami dalam kes Kerosakan Bagasi Berdaftar dan Bagasi Tidak Berdaftar hendaklah dihadkan kepada jumlah seperti yang dinyatakan dalam Kadar Tarif. Jika berat Bagasi tidak dicatatkan pada Tag Pengenalan Bagasi, maka jumlah berat Bagasi Berdaftar itu dianggap tidak melebihi peruntukan bagasi percuma yang terpakai untuk kelas pengangkutan berkenaan. Jika dalam kes Bagasi Berdaftar, nilai yang lebih tinggi telah ditetapkan secara bertulis menurut kemudahan penilaian lebihan, liabiliti kami hendaklah dihadkan kepada nilai lebih tinggi yang ditetapkan tersebut.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa Kerosakan yang timbul akibat pematuhan kami terhadap undang-undang atau peraturan Kerajaan dan peraturan yang terpakai atau akibat kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan Kerajaan dan peraturan tersebut.
  • Kecuali jika peruntukan khusus dibuat dalam Terma & Syarat ini, kami hanya akan bertanggungjawab kepada anda untuk kerosakan pampasan yang boleh ditebus bagi kehilangan dan kos yang terbukti menurut undang-undang terpakai.
  • Walau bagaimanapun, kami akan bertanggungjawab atas kemusnahan, kehilangan atau kerosakan Bagasi Berdaftar, dengan syarat bahawa situasi yang menyebabkan kemusnahan, kehilangan atau kerosakan tersebut berlaku di dalam pesawat kami atau semasa Bagasi Berdaftar berada dalam jagaan Pengangkut, melainkan sebaliknya, kerosakan tersebut disebabkan oleh penurunan kualiti atau keadaan Bagasi Berdaftar itu sendiri.
  • Kami tidak bertanggungjawab langsung untuk Kerosakan pada benda atau barangan yang tidak dibenarkan dalam Bagasi Berdaftar dan Tidak Berdaftar termasuklah tetapi tidak terhad kepada barangan mudah pecah atau mudah rosak, barangan bernilai istimewa seperti wang, barang kemas, logam berharga, komputer, peranti elektronik peribadi, dokumen boleh niaga, sekuriti, atau barang berharga lain, dokumen perniagaan, pasport dan dokumen pengenalan lain, surat akuan hak milik atau sampel.
  • Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa penyakit atau ketidakupayaan, termasuklah kematian yang dikatakan berpunca daripada keadaan fizikal anda atau kerana kemerosotan keadaan tersebut.
  • Kontrak pengangkutan termasuk Terma & Syarat ini dan pengecualian atau pembatasan liabiliti, adalah terpakai kepada ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil kami meliputi tahap yang sama seperti yang terpakai kepada kami. Jumlah keseluruhan yang boleh ditebus daripada kami dan daripada ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil tersebut tidak boleh melebihi jumlah liabiliti anda sendiri sekiranya ada.
  • Tiada apa-apa pun dalam Terma & Syarat ini boleh memansuhkan sebarang pengecualian atau pembatasan liabiliti kami menurut Konvensyen Warsaw atau sebarang Konvensyen yang berkenaan atau undang-undang yang dikuatkuasakan melainkan jika kami nyatakan sebaliknya dengan jelas.

Walau bagaimanapun, dalam kes pesawat yang tiba atau berlepas di Thailand, Akta Pengangkutan Udara Antarabangsa B.E. 2558 hendaklah digunakan.

Had Masa untuk Tuntutan dan Tindakan

13.1 Notis Tuntutan: Penerimaan Bagasi oleh pemegang Tag Pengenalan Bagasi tanpa aduan semasa penyerahan merupakan bukti yang mencukupi bahawa Bagasi tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan selaras dengan Kontrak Pengangkutan, melainkan jika anda membuktikan sebaliknya. Jika anda ingin membuat tuntutan atau mengambil tindakan yang berkenaan dengan Kerosakan kepada Bagasi Berdaftar, anda mesti memaklumkan kami sebaik sahaja anda menyedari Kerosakan tersebut, dan selewat-lewatnya dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Bagasi tersebut. Jika anda ingin membuat tuntutan atau mengambil tindakan yang berkenaan dengan kelewatan Bagasi Berdaftar, anda hendak memaklumkan kami dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh Bagasi tersebut diletakkan dalam jagaan anda. Setiap pemberitahuan tersebut mestilah dibuat secara bertulis dan dikirimkan atau dihantar kepada kami dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

13.2 Had masa tindakan: Apa-apa hak ke atas kerosakan hendaklah dihapuskan jika tiada tindakan dibuat terhadap kami dalam masa dua (2) tahun dari tarikh ketibaan di destinasi, atau tarikh pesawat dijadualkan tiba, atau tarikh pengangkutan itu dihentikan. Cara pengiraan tempoh had masa hendaklah ditentukan oleh undang-undang mahkamah tempat kes ini didengar.

Pengubahsuaian dan Penepian

14.1 Tiada seorang pun daripada ejen, pekerja atau wakil kami mempunyai kuasa untuk meminda, mengubah suai atau mengetepikan mana-mana peruntukan dalam Terma & Syarat ini.

Last update: 20 January 2020