Terma dan Syarat SNAP

Terma dan Syarat ini (“Terma dan Syarat”) akan mengawal tempahan SNAP anda ( ditakrifkan di bawah) di airasia.com (“Laman Web”) dan hendaklah menjadi dokumen yang mengikat secara sah antara anda dan Move Travel Sdn Bhd (formerly known as AirAsia Com Travel Sdn Bhd) (“AirAsia.Com, kami, kita, kami punya”)

SNAP adalah pembelian penerbangan, bilik hotel dan produk tambahan berkaitan hotel di bawah satu nombor rujukan tempahan. Dengan melengkapkan tempahan SNAP, anda dianggap telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini, serta Terma dan Syarat Pengangkutan, Terma Penggunaan, Pernyataan Privasi dan mana-mana terma dan syarat tambahan yang ditetapkan di sini, dari semasa ke semasa, yang boleh dipinda dan disemak dari semasa ke semasa.

  1. SNAP ditawarkan oleh AirAsia.com dengan kerjasama syarikat penerbangan dan penyedia hotel. Bilik hotel bersama dengan produk tambahan berkaitan hotel (“Pakej Hotel”) ditawarkan, disediakan dan dibekalkan oleh hotel atau rakan saudagar atau rakan kongsi perkhidmatan mereka masing-masing(“Rakan Kongsi Hotel”) manakala penerbangan pula disediakan oleh Syarikat Penerbangan (ditakrifkan kemudian daripada ini).
  2. Anda menerima dan mengakui bahawa kami hanyalah pengedar Pakej Hotel dan Penerbangan sedemikan dan oleh itu, tidak mempunyai liabiliti sekiranya berlaku sebarang kerugian atau kerosakan akibat apa-apa perbuatan atau peninggalan atau kecuaian di pihak Syarikat Penerbangan dan/atau Rakan Kongsi Hotel semasa tempoh perkhidmatannya. Selanjutnya, anda mengakui dan menerima bahawa anda akan tertakluk pada terma dan syarat Rakan Kongsi Hotel dan Syarikat Penerbangan dan bersetuju untuk diikat oleh terma dan syarat sedemikian.
  3. Pakej Hotel yang ditawarkan melalui SNAP adalah tertakluk pada ketersediaan sepenuhnya.

Pembatalan

  1. Tempahan untuk Pakej Hotel yang dibuat di bawah SNAP tidak boleh ditukar atau dibatalkan dan bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan. Sekiranya anda membatalkan mana-mana tempahan penerbangan Syarikat Penerbangan termasuk ‘tidak hadir’ atas kehendak anda sendiri, Pakej Hotel yang telah ditempah oleh anda melalui SNAP tidak akan dan tidak boleh dibatalkan. Oleh itu, anda tidak dapat menuntut bayaran balik sekiranya anda tidak melengkapkan penginapan hotel anda dan jumlah keseluruhan yang telah dibayar yang berkaitan dengan Pakej Hotel akan terbatal.
  2. Sekiranya berlaku pembatalan penerbangan atau penukaran penerbangan oleh AirAsia Berhad, AirAsia X Berhad, Thai AirAsia Co Ltd, Thai AirAsia X Co Ltd, PT Indonesia AirAsia, Philippines AirAsia Inc, AirAsia (India) Limited atau AirAsia Japan Co Ltd (dirujuk secara kolektif sebagai “Syarikat Penerbangan”), anda akan menerima bayaran balik penuh bagi jumlah yang telah dibayar untuk Pakej Hotel. Untuk menerima bayaran balik, anda perlu melayari support.airasia.com dan pilih “Tanya AVA”. Apabila tetingkap sembang AVA dibuka, sila pilih "Tempahan Hotel", kemudian “Bayaran Balik” dari menu dan diikuti dengan “Permohonan Bayaran Balik Baharu”. Kemudian, isikan ruangan yang diperlukan seperti yang dinyatakan oleh AVA. Sebagai alternatif, anda boleh memilih hotel di dalam menu utama dan berhubung dengan salah seorang Allstar kami untuk memohon bayaran balik bagi Pakej Hotel anda. Permintaan untuk tempahan semula Pakej Hotel di hotel yang sama atau berbeza pada tarikh yang sama atau tarikh lain tidak akan dilayan.
    Sila ambil maklum, untuk penukaran penerbangan, bayaran balik hanya akan diberikan sekiranya penerbangan telah dijadualkan semula ke tarikh yang lain. Anda juga boleh ditawarkan bayaran balik atau akaun kredit mengikut budi bicara mutlak kami bagi penerbangan yang telah dijadualkan semula ke waktu yang berbeza pada hari yang sama.
  3. Untuk melindungi yang di atas, anda bersetuju, menerima dan mengakui bahawa kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, tuntutan atau pampasan lanjutan sekiranya berlaku pembatalan penerbangan atau penukaran penerbangan oleh Syarikat Penerbangan atau oleh anda.

Jaminan Harga Terbaik

  1. Sekiranya anda telah membuat tempahan SNAP dan kemudian anda menunjukkan kepada kami bahawa anda boleh menempah penerbangan yang sama dan bilik yang sama dengan tarikh serta syarat yang sama pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang telah anda bayar, yang boleh dilihat dan ditempah di laman web lain, kami akan, mengikut budi bicara mutlak kami, sama ada memadankan harga tersebut atau mengkreditkan perbezaan ke Credit Shell AirAsia dalam akaun ahli AirAsia anda di Laman Web.
  2. Jaminan Harga Terbaik ini hanya terpakai untuk tempahan SNAP yang tersedia di Laman Web.
  3. Untuk sesebuah tuntutan menjadi sah di bawah Jaminan Harga Terbaik ini, ia mestilah memenuhi dan dihantar sesuai dengan kesahan dan syarat yang berkaitan berikut:
    • Anda mestilah merupakan ahli AirAsia untuk melayakkan anda menghantar borang tuntutan untuk Jaminan Harga Terbaik ini.
    • Jaminan Harga Terbaik ini terpakai untuk tempahan SNAP yang telah dibayar dan disahkan sahaja. Anda mestilah menghantar tuntutan dalam tempoh 14 hari selepas tempahan SNAP anda disahkan. Tuntutan yang dibuat selepas 14 hari tidak akan dilayan.
  4. Penghantaran Tuntutan: Jaminan Harga Terbaik ini hanya sah sekiranya anda telah berjaya menghantar tuntutan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tempahan SNAP anda dan dengan melengkapkan Borang Tuntutan Jaminan Harga Terbaik (“Borang”) bersama dengan maklumat berikut:
    • ID Tempahan AirAsia anda
    • Alamat laman web yang menawarkan harga yang lebih baik
    • Nama hotel, bandar dan negara
    • Maksimum tiga (3) tangkap layar yang secara jelas menunjukkan ketersediaan penerbangan dan bilik, harga bilik, jenis bilik dan jenis promosi
  5. Jaminan Harga Terbaik ini hanya sah sekiranya syarat berikut dipenuhi untuk harga yang lebih rendah yang dihantar:
    • Penerbangan yang sama
    • Penginapan yang sama
    • Tarikh daftar masuk dan daftar keluar yang sama
    • Bilik dan jenis katil yang sama
    • Polisi pembatalan atau pindaan yang sama atau lebih fleksibel
    • Bilik mestilah tersedia untuk pengesahan serta-merta pada masa ejen AirAsia memeriksa ketersediaan
    • Penghunian yang sama atau lebih tinggi (contoh: bilangan dewasa, bilangan kanak-kanak)
    • Manfaat yang sama atau lebih baik (contoh: sarapan, rancangan hidangan, produk sampingan: Bagasi, Hidangan, insurans, pengaturan tempat duduk)
    • Mata wang yang sama
    • Harga mestilah merupakan harga akhir dan termasuk cukai serta bayaran perkhidmatan
  6. Jaminan Harga Terbaik tidak terpakai kepada tempahan yang menawarkan ganjaran program kesetiaan pihak ketiga, termasuk penebusan perbatuan penumpang kerap, atau harga yang tidak diterbitkan seperti:
    • Harga peribadi
    • Bilik hotel yang dijual sebagai sebahagian daripada pakej percutian
    • Harga yang tidak tersedia untuk orang awam, yang termasuk kadar diskaun korporat, kadar berkumpulan atau mesyuarat, program kesetiaan atau apa-apa harga yang memerlukan keahlian (contoh: harga AAA atau AARP).
  7. Sebaik sahaja tuntutan anda dilengkapkan dan dihantar, perubahan adalah tidak dibenarkan dan tidak akan dilayan.

Pemberian Mata Ganjaran BIG

  1. SNAP melayakkan anda untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG dengan langkah-langkah berikut:
    • mestilah merupakan ahli AirAsia (telah melanggan dan mendaftar untuk keahlian di bawah program kesetiaan dan ganjaran yang dikendalikan oleh BIGLIFE Sdn Bhd (‘BIG’) di bawah nama “Program Kesetiaan BIG”) dan mempunyai nombor pendaftaran unik yang dikenali sebagai “ID Ahli AirAsia” yang dikeluarkan oleh BIG semasa membuat tempahan; dan
    • Log masuk ke akaun AirAsia anda di airasia.com sebelum menempah Pakej Hotel untuk melayakkan anda menerima Mata Ganjaran BIG. Penggunaan Mata Ganjaran BIG akan tertakluk pada Terma dan Syarat Keahlian BIGLIFE yang tersedia di laman web BIGwww.airasiabig.com). Sila pastikan anda maklum akan terma dan syarat BIG yang terkini kerana ia boleh dikemas kini dan disemak dari semasa ke semasa.
  2. Mata Ganjaran BIG akan diberikan kepada anda untuk SNAP melalui pembayaran kad debit atau kad kredit dengan kadar ganjaran 1 Mata Ganjaran BIG bagi setiap RM2 yang dibelanjakan.
  3. Mata Ganjaran BIG tidak akan diberikan untuk pembelian yang dibuat dengan mana-mana kod promosi atau baucar.
  4. BIG memiliki hak mutlak, pada bila-bila masa, untuk memeriksa kesahan setiap tempahan dan/atau identiti penumpang yang merupakan ahli AirAsia pada bila-bila masa sahaja.
  5. Pemberian Mata Ganjaran BIG akan dikreditkan ke akaun keahlian program kesetiaan ahli AirAsia dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh daftar keluar hotel (atau mana-mana tempoh lain yang dianggap sesuai oleh BIG).
  6. BIG memiliki hak mutlak untuk menukar dan/atau menggantikan pemberian Mata Ganjaran BIG dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal kepada ahli AirAsia dan/atau menukar pemberian nisbah Mata Ganjaran BIG pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
  7. BIG berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan atau menolak sebarang pemberian ganjaran Mata Ganjaran BIG kepada anda dan/atau menarik balik atau membatalkan pemberian Mata Ganjaran BIG daripada anda sekiranya BIG percaya atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa anda telah (secara bersendirian atau bersama dengan mana-mana ahli AirAsia yang lain) menjalankan amalan dan/atau aktiviti penipuan berkenaan dengan pembelian sebarang produk atau perkhidmatan melalui SNAP bagi mendapatkan Mata Ganjaran BIG atau menjalankan sebarang aktiviti (termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti penipuan) yang berbahaya kepada SNAP atau kepada BIG.
  8. Tuntutan retro yang dilakukan oleh anda untuk pemberian Mata Ganjaran BIG tidak akan dilayan. Apa-apa permintaan oleh anda untuk mengesahkan akaun ahli AirAsia anda atau untuk melayakkan anda menerima Mata Ganjaran BIG selepas melengkapkan pembelian tanpa mengesahkan akaun ahli AirAsia mereka tidak akan dilayan.
  9. Bagi mengelakkan keraguan, tempahan SNAP yang dibuat di airasiago.com tidak akan melayakkan anda untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG.
  10. Penebusan Mata Ganjaran BIG untuk SNAP adalah tidak dibenarkan.

Lain-lain

  1. Kami berhak untuk menggunakan mana-mana data peribadi yang dikumpulkan mengikut pernyataan privasi Kumpulan AirAsia yang boleh dirujuk dengan mengklik pautan berikut: https://www.airasia.com/aa/about-us/en/gb/privacy-statement.html. Dengan menggunakan SNAP, anda dianggap telah bersetuju dengan penggunaan sedemikian tanpa sebarang bayaran dalam bentuk wang tunai.
  2. Anda boleh dihubungi berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah SNAP atau ‘Program Kesetiaan BIG’, pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh kami atau BIG, melalui e-mel atau mana-mana kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh kami dan/atau BIG.
    Butiran tetamu untuk Pakej Hotel melalui SNAP mestilah sama seperti butiran penumpang penerbangan. Anda tidak dibenarkan menempah Pakej Hotel untuk mana-mana pihak ketiga yang lain. Setelah tempahan dibuat, anda tidak lagi dibenarkan membuat perubahan pada butiran tetamu.
  3. Kami memiliki hak mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung SNAP dengan atau tanpa sebarang notis awal dan/atau memberikan apa-apa alasan. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh kami tidak melayakkan anda untuk membuat sebarang tuntutan terhadap atau menerima pampasan daripada kami untuk mana-mana dan/atau semua kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau berlaku sebagai akibat langsung atau tidak langsung disebabkan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
  4. Terma dan syarat yang terkandung di sini hendaklah diguna pakai bagi mana-mana terma, syarat, peruntukan atau gambaran yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan pengiklanan untuk SNAP. Sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan sebarang terjemahannya, terma dan syarat versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan mengatasi yang lain.
  5. Kami memiliki hak mutlak untuk mengubah, memadam, mengemas kini atau menambah mana-mana terma dan syarat ini (secara keseluruhan atau sebahagian) dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal. Keputusan kami berkaitan dengan semua aspek SNAP adalah muktamad, mengikat dan konklusif di bawah semua keadaan dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
  6. AirAsia.Com, subsidiari, anggota gabungan, dan syarikat bersekutunya tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian (termasuk, tanpa batasan, kerugian tidak langsung, khas atau turutan atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan diri atau kematian yang dialami atau ditanggung (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang berkaitan dengan SNAP.
  7. Kami tidak bertanggungjawab untuk menyediakan Pakej Hotel yang sebenar. SNAP bukan merupakan dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau endorsemen oleh kami untuk mana-mana hotel atau Pakej Hotel yang disenaraikan, ditawarkan atau dijual melalui SNAP atau kualiti, tahap perkhidmatan atau penarafan. Kami dengan ini secara jelas menafikan apa-apa gambaran, waranti atau aku janji yang berkaitan dengan kualiti, kelayakan, kebolehdagangan, kesesuaian, status atau kecukupan mana-mana Pakej Hotel yang disenaraikan atau ditawarkan oleh Hotel atau Rakan Kongsi Hotel di bawah SNAP.
  8. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerosakan, kecederaan diri atau kematian, yang mungkin berlaku atau ditanggung oleh penumpang semasa menginap di hotel.
  9. Anda bersetuju untuk mempertahankan dan menanggung rugi kami dan mana-mana pegawai, pengarah, pekerja dan ejen kami daripada dan terhadap sebarang tuntutan, kuasa tindakan, permintaan, pemulihan, kerugian, kerosakan, denda, penalti atau kos atau perbelanjaan lain termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman dan perakaunan yang munasabah, yang dikemukakan oleh pihak ketiga akibat daripada pelanggaran Terma ini oleh anda, pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh anda atau penggunaan Maklumat kami oleh anda.
  10. Anda bersetuju untuk mempertahankan dan menanggung rugi kami dan mana-mana pegawai, pengarah, pekerja dan ejen kami daripada dan terhadap sebarang tuntutan, kuasa tindakan, permintaan, pemulihan, kerugian, kerosakan, denda, penalti atau kos atau perbelanjaan lain termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman dan perakaunan yang munasabah, yang dikemukakan oleh pihak ketiga akibat daripada pelanggaran Terma ini oleh anda, pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh anda atau penggunaan Maklumat kami oleh anda.
  11. Sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan antara terma dan syarat ini dan terma dan syarat Hotel, terma dan syarat ini hendaklah diguna pakai tetapi hanya setakat ketidakkonsistenan tersebut.
  12. Terma dan Syarat ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Setakat mana sebarang versi terjemahan Terma dan Syarat ini bercanggah dengan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan mempunyai kesan sepenuhnya.