Terma dan Syarat Hotel Sahaja

Pengenalan

Terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) akan mengawal tempahan produk hotel sahaja anda di airasia.com(“Laman Web”) dan hendaklah menjadi dokumen yang mengikat secara sah antara anda dan Move Travel Sdn Bhd (formerly known as AirAsia Com Travel Sdn Bhd) (“AirAsia.Com, kami, kita, kami punya”). Dengan melengkapkan tempahan ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan secara jelas bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini, serta Terma Penggunaan dan Pernyataan Privasi Laman Web yang boleh dipinda dan disemak dari semasa ke semasa.

  1. Kami membenarkan anda untuk menempah bilik hotel dan produk tambahan berkaitan hotel yang lain (“Pakej Hotel”) di Laman Web. Bilik hotel dikuasakan oleh dan ditawarkan untuk tempahan di Laman Web dengan kerjasama pelbagai penyedia bilik hotel, yang merupakan penyedia langsung atau tidak langsung, termasuk Travelscape LLC (“Penyedia Hotel”). Anda mengakui bahawa dengan melengkapkan tempahan Pakej Hotel, anda dianggap telah membaca, memahami dan secara jelas bersetuju untuk diikat oleh terma dan syarat Penyedia Hotel, yang boleh dirujuk di sini.
  2. Anda mengakui dan menerima bahawa AirAsia.Com hanya merupakan pengedar Pakej Hotel. Pakej Hotel yang disediakan untuk tempahan di Laman Web dipenuhi dan disediakan oleh pemilik hotel masing-masing, syarikat pengurusan hotel dan/atau rakan saudagar atau rakan kongsi perkhidmatannya (“Rakan Kongsi Hotel”) dan anda menerima bahawa Rakan Kongsi Hotel boleh mengenakan terma dan syarat masing-masing yang akan menjadi tambahan kepada Terma dan Syarat ini dan oleh kerana anda melengkapkan pembelian, anda bersetuju untuk diikat oleh dan mematuhi terma dan syarat tambahan tersebut.
  3. Selanjutnya, oleh kerana AirAsia.Com hanyalah pengedar Pakej Hotel, anda bersetuju dan menerima bahawa kami tidak mempunyai liabiliti sekiranya berlaku sebarang kerugian atau kerosakan akibat apa-apa perbuatan atau peninggalan atau kecuaian di pihak Rakan Kongsi Hotel semasa tempoh perkhidmatannya.
  4. Dengan mengklik “Lengkapkan Tempahan”, anda dianggap telah membaca, memahami dan secara jelas bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini seperti yang terkandung di sini dan mana-mana terma dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh AirAsia.Com dari semasa ke semasa (sepertimana yang berkenaan).
  5. Pakej Hotel yang ditawarkan melalui Laman Web adalah tertakluk pada ketersediaan sepenuhnya.

Tempahan

  1. Anda mengakui bahawa tempahan Pakej Hotel di Laman Web ini disediakan berasaskan “hotel sahaja”, yang bersifat kendiri, dan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pembatalan atau penggantungan penerbangan ke destinasi tertentu. Kegagalan untuk mendftar masuk mengikut Pakej Hotel yang ditempah akan dianggap sebagai pembatalan lewat dan akan mengakibatkan pembatalan penuh kecuali jika dinyatakan secara spesifik dalam e-mel pengesahan tempahan.
  2. Sebaik sahaja anda melengkapkan tempahan Pakej Hotel, pengesahan tempahan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan semasa membuat tempahan. Dalam e-mel pengesahan tempahan tersebut terkandung polisi pembatalan yang dikenakan oleh kami atau Rakan Kongsi Hotel.

Pembatalan dan Bayaran Balik

  1. Melainkan dinyatakan secara khusus semasa membuat tempahan dan terkandung dalam pengesahan tempahan, bagi setiap tempahan Pakej Hotel, sebaik sahaja ia disahkan, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan, ia tidak boleh dipindah milik atau ditukar.
  2. Selanjutnya, anda mengakui dan menerima bahawa anda mungkin terikat dengan polisi pembatalan dan bayaran balik Pakej Hotel yang ditempah oleh anda, yang mana, jika ada, akan disertakan sebagai sebahagian daripada maklumat untuk Pakej Hotel sebelum atau semasa anda melengkapkan tempahan anda. Maklumat ini juga akan terkandung dalam e-mel pengesahan tempahan.
  3. Dalam keadaan yang bukan disebabkan oleh kesalahan anda, tempahan Pakej Hotel dibatalkan, anda bersetuju dan menerima bahawa satu-satunya liabiliti kami terhadap anda adalah memberikan bayaran balik penuh bagi jumlah yang telah dibayar untuk tempahan.
  4. Di bawah keadaan biasa, proses bayaran balik Pakej Hotel akan mengambil masa hingga 14 hari bekerja. Bayaran balik yang layak tersebut akan dikembalikan ke medium pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk membuat bayaran tempahan.
  5. Untuk melindungi polisi bayaran balik di atas, anda bersetuju, menerima dan mengakui bahawa kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, tuntutan atau pampasan lanjutan sekiranya berlaku pembatalan penerbangan atau penukaran penerbangan oleh syarikat penerbangan atau oleh anda.

Pemberian Mata Ganjaran BIG

  1. Tempahan Pakej Hotel melayakkan anda mendapat Mata Ganjaran BIG yang merupakan ciri program kesetiaan keahlian AirAsia. Untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG, anda perlu menjadi ahli AirAsia dan melog masuk ke akaun keahlian AirAsia pada bila-bila masa sebelum pembelian dilengkapkan. Anda boleh mendaftar sebagai ahli AirAsia di sini.
  2. Mata Ganjaran BIG merupakan ciri program kesetiaan dan ganjaran bagi keahlian AirAsia. Program ini dikendalikan oleh BIGLIFE Sdn Bhd (‘BIG’) di bawah nama “Program Kesetiaan BIG”) dan mempunyai nombor pendaftaran unik yang dikaitkan dengan akaun keahlian AirAsia anda yang dikenali sebagai “ID Ahli BIG”, yang dikeluarkan oleh BIG.
  3. Penggunaan Mata Ganjaran BIG akan tertakluk pada Terma dan Syarat Keahlian BIGLIFE yang tersedia di laman web BIG (www.airasiabig.com). Dengan mendaftar masuk ke akaun keahlian AirAsia, anda dianggap telah bersetuju dan menerima terma dan syarat BIG. Sila pastikan anda maklum akan terma dan syarat BIG yang terkini kerana ia boleh dikemas kini dan disemak dari semasa ke semasa.
  4. Mata Ganjaran BIG akan diberikan kepada anda untuk tempahan Pakej Hotel yang dibuat melalui kad debit, kad kredit atau pembayaran dalam talian. Nisbah ganjaran adalah 1 Mata Ganjaran BIG bagi setiap RM2 yang dibelanjakan.
  5. Mata Ganjaran BIG tidak akan diberikan untuk pembelian yang dibuat dengan mana-mana kod promosi atau baucar.
  6. BIG memiliki hak mutlak, pada bila-bila masa, untuk memeriksa kesahan setiap tempahan dan/atau identiti penumpang yang merupakan Ahli BIG pada bila-bila masa sahaja. Pemberian Mata Ganjaran BIG akan dikreditkan ke akaun keahlian Program Kesetiaan Ahli BIG dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh daftar keluar hotel (atau mana-mana tempoh lain yang dianggap sesuai oleh BIG).
  7. BIG memiliki hak mutlak untuk menukar dan/atau menggantikan pemberian Mata Ganjaran BIG dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal kepada Ahli BIG dan/atau menukar pemberian nisbah Mata Ganjaran BIG pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
  8. BIG berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan atau menolak sebarang pemberian ganjaran Mata Ganjaran BIG kepada anda dan/atau menarik balik atau membatalkan pemberian Mata Ganjaran BIG daripada anda sekiranya BIG percaya atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa anda telah (secara bersendirian atau bersama dengan mana-mana Ahli BIG yang lain) menjalankan amalan dan/atau aktiviti penipuan berkenaan dengan pembelian sebarang produk atau perkhidmatan melalui Pakej Hotel ini bagi mendapatkan Mata Ganjaran BIG atau menjalankan sebarang aktiviti (termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti penipuan) yang berbahaya kepada Hotel atau kepada BIG.
  9. Tuntutan retro yang dilakukan oleh anda untuk pemberian Mata Ganjaran BIG tidak akan dilayan. Apa-apa permintaan daripada anda untuk mengesahkan akaun Ahli BIG anda atau untuk melayakkan anda menerima Mata Ganjaran BIG selepas melengkapan pembelian tanpa mengesahkan akaun Ahli BIG mereka tidak akan dilayan.
  10. Penebusan Mata Ganjaran BIG untuk Pakej Hotel ini adalah tidak dibenarkan.

Lain-lain

  1. Kami berhak untuk menggunakan mana-mana data peribadi yang dikumpulkan mengikut pernyataan privasi Kumpulan AirAsia yang boleh dirujuk dengan mengklik pautan berikut:
    https://www.airasia.com/aa/about-us/ms/my/privacy-statement.html. Dengan menempah Pakej Hotel, anda dianggap telah bersetuju dengan penggunaan sedemikian tanpa sebarang bayaran dalam bentuk wang tunai.
  2. Anda boleh dihubungi berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah tempahan Pakej Hotel ini atau ‘Program Kesetiaan BIG’, pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh kami atau BIG, melalui e-mel atau mana-mana kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh kami dan/atau BIG. 26. Kami memiliki hak mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Pakej Hotel dengan atau tanpa sebarang notis awal dan/atau memberikan apa-apa alasan. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh kami tidak melayakkan anda untuk membuat sebarang tuntutan terhadap atau menerima pampasan daripada kami untuk mana-mana dan/atau semua kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau berlaku sebagai akibat langsung atau tidak langsung disebabkan pembatalan, penamatan atau penggantungan kecuali bagi remedi tunggal yang diperuntukan dalam Terma dan Syarat ini.
  3. Kami memiliki hak mutlak untuk mengubah, memadam, mengemas kini atau menambah mana-mana terma dan syarat ini (secara keseluruhan atau sebahagian) dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal. Keputusan kami berkaitan dengan semua aspek tempahan Pakej Hotel adalah muktamad, mengikat dan konklusif di bawah semua keadaan dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
  4. Kami tidak bertanggungjawab untuk menyediakan Pakej Hotel yang sebenar. Pakej Hotel yang disenaraikan dalam Laman Web bukan merupakan dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau endorsemen kami terhadap kualiti, tahap perkhidmatan atau penarafan hotel atau Pakej Hotel tertentu. Kami dengan ini secara jelas menafikan apa-apa gambaran, waranti atau aku janji yang berkaitan dengan kualiti, kelayakan, kebolehdagangan, kesesuaian, status atau kecukupan mana-mana Pakej Hotel yang disenaraikan atau ditawarkan oleh Rakan Kongsi Hotel di bawah Laman Web ini.
  5. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerosakan, kecederaan diri, atau kematian, yang mungkin berlaku atau ditanggung oleh anda semasa menginap di hotel.
  6. Anda bersetuju untuk mempertahankan dan menanggung rugi kami dan mana-mana pegawai, pengarah, pekerja dan ejen kami daripada dan terhadap sebarang tuntutan, kuasa tindakan, permintaan, pemulihan, kerugian, kerosakan, denda, penalti atau kos atau perbelanjaan lain termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman dan perakaunan yang munasabah, yang dikemukakan oleh pihak ketiga akibat daripada pelanggaran Terma ini oleh anda, pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh anda atau penggunaan Maklumat kami oleh anda.
  7. Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat yang terkandung di sini, anda juga mengakui dan menerima bahawa apabila mendaftar masuk, anda akan selanjutnya tertakluk pada terma dan syarat Rakan Kongsi Hotel masing-masing yang boleh didapati di laman web Rakan Kongsi Hotel yang berkaitan.
  8. Sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan antara terma dan syarat ini dan terma dan syarat Rakan Kongsi Hotel, terma dan syarat ini hendaklah diguna pakai tetapi hanya setakat ketidakkonsistenan tersebut.
  9. Terma dan Syarat ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Setakat mana sebarang versi terjemahan Terma dan Syarat ini bercanggah dengan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan mempunyai kesan sepenuhnya.

[Versi Jun 2020]